Pada 30hb Jun 2009 (Selasa) Institusi Kemahiran Showme telah dijemput untuk menyertai Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru, Kemaman. Program tersebut telah diadakan di Dewan SMK Cheneh Baru bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Berikut adalah rasional dan objektif program menurut pihak pengurusan SMK Cheneh Baru:
…Program ”Seminar dan Pameran Kerjaya” diadakan sebagai platform dan landasan yang tepat dengan keperluan pelajar sebelum menceburi bidang kerjaya dan pendidikan tinggi selepas SPM dan STPM. Dengan adanya program sebegini, diharap para pelajar akan dapat mengetahui peluang-peluang yang ada di IPT, program yang ditawarkan dan penajaan/pinjaman yang disediakan. Selain daripada itu, diharapkan juga program ini dapat membantu memotivasikan diri mereka, memudahkan pelajar merancang kerjaya dan pendidikan tinggi selepas SPM dan STPM dan seterusnya membantu pelajar membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan pekerjaan masa kini dan akan datang…
Kami berada di SMK Cheneh Baru dari pagi sehingga program tamat. Ramai pelajar SMK Cheneh Baru dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang datang melawat tapak pameran kami. Pada hari itu juga kami menerima kunjungan daripada pelajar dan guru dari sekolah berhampiran seperti SMK Felda Neram dan SM Teknik Kemanan. Tidak ketinggalan juga ibubapa dan pelajar lepasan SPM dan STPM.
Sepanjang program berlangsung, kami bukan sahaja membuat pameran dan demonstrasi pemasangan komputer di tapak kami, tetapi kami juga dijemput untuk memberi taklimat di pentas utama Dewan SMK Cheneh Baru kepada semua pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti kuiz, cabutan bertuah dan demonstrasi Bomba dan Penyelamat.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Cheneh Baru terutamanya Puan Latifah Binti Abdul Razak, Guru Penolong Kanan HEM dan Puan Noraidah Binti Kadir, Penyelaras Program yang juga merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Tidak dilupakan juga kepada seluruh Jawatankuasa Kerja program dan semua pelajar SMK Cheneh Baru.
Harapan kami, kerjasama sebegini boleh dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.
Untuk makluman, Showme Learning Centre Sdn Bhd sedang mencari seorang candidate yang berminat untuk jawatan Kerani Kewangan. Harap maklumkan kepada rakan-rakan, kenalan atau sesiapa yang berminat. Maklumat lanjut seperti dibawah:
Jawatan: Kerani Kewangan
Bil Kekosongan: 1
Gaji Ditawarkan: RM 500 – RM 800
Julat Umur: Tidak melebihi 27 tahun
Kelayakan:
1)STPM/Diploma Sistem Maklumat
2)Berpengalaman dalam bidang pentadbiran & dokumentasi diberi keutamaan.
3)Bagi calon yang baru tamat pengajian boleh mencuba
4)Boleh membuat tugasan dengan baik tanpa penguasaan yang ketat
5)Mempunyai inisiatif yang tinggi
6)Boleh menerima arahan dan melaksanakan arahan dengan sempurna
7)Boleh berkomunikasi dengan baik
Mempunyai kenderaan sendiri diberi keutamaan
Calon yang berminat, boleh menghantar surat permohonan dan resume kepada:
Kami ini ingin mengucapkan selamat kembali ke institusi kepada semua pelajar yang baru selesai menjalani latihan industri iaitu pelajar Sesi Disember 2007/Januari 2008 (Kelas Catia, Media dan Caldera).
Anda diingatkan untuk menyediakan dan melengkapkan dokumen dan laporan latihan industri sebagaimana tempoh masa yang telah ditetapkan. Anda juga diingatkan untuk menyiapkan laporan projek akhir anda untuk semakan penyelaras sebelum perbentangan akhir kepada panel yang dilantik.
Sila dapatkan nasihat yang terbaik daripada pensyarah dan jelaskan segala kekeliruan dengan bertanya kepada yang tahu terutamanya kepada pegawai Hal Ehwal Akademik atau pegawai Hal Ehwal Pelajar.
Sekian dahulu buat masa ini, jumpa lagi dan “Selamat Kembali Ke Institusi!”
TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (JPK)BAGI SESI OGOS 2009
Sukacita dimaklumkan bahawa Institusi Kemahiran Showme menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) seperti berikut:
INSTITUSI
:
INSTITUSI KEMAHIRAN SHOWME (L00748)
KURSUS YANG DITAWARKAN
:
DIPLOMA KEMAHIRAN SISTEM MAKLUMAT
TEMPOH PENGAJIAN
:
3 TAHUN
TEMPAT
:
TINGKAT 1, WISMA KOKITAB
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
PEMBIAYAAN PINJAMAN
:
PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)*
ELAUN BULANAN RM350.00
*Tertakluk kepada terma & syarat pihak penganjur/tajaan
Daftar sebelum atau selewat-lewatnya pada 13hb Ogos 2009 dengan membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM500.00 atas nama SHOWME LEARNING CENTRE SDN BHD melalui:-
Akaun RHB - 21301000097293 (Hubungi kami dan simpan slip pembayaran untuk pengesahan) ATAU
Wang pos (Pos ke alamat kami) ATAU Datang ke pejabat kami untuk urusan pendaftaran
Daftarlah AWAL & SEGERA bagi merebut HADIAH PERCUMA bernilai sehingga RM449.00 ini:
Sebelum 9 Julai 2009
:
Prepaid RM50.00 & VCD Tutorial Kursus Komputer dalam Bahasa Malaysia bernilai RM399.00
Sebelum 23 Julai 2009
:
Prepaid RM30.00 & VCD Tutorial Kursus Komputer dalam Bahasa Malaysia bernilai RM109.90
Sebelum 6 Ogos 2009
:
Prepaid RM10.00 & VCD Tutorial Kursus Komputer dalam Bahasa Malaysia bernilai RM39.90
Hubungi kami di talian 09–6227525 / 09-6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm08@showme.com.my untuk maklumat lanjut. Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institusi Kemahiran Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Seluruh warga Institusi Kemahiran Showme dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada siswa dan siswi Showme bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (Sistem Maklumat & Sistem Komputer) yang telah lulus dengan jayanya dalam Peperiksaan Akhir SKM Tahap 2 dan Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 15 Jun 2009 - 17 Jun 2009 yang lalu dan seterusnya layak bagi menyambung ke SKM Tahap 3 dan DKM Tahap 4.
Pada 15 Jun - 17 Jun 2009 yang lalu, verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir bagi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (Sistem Komputer & Sistem Maklumat) dan Sijil Kemahiran Malaysia (Sistem Komputer & Sistem Maklumat) telah diadakan. Pegawai Pengesah Luaran, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah hadir untuk proses verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir. Alhamdulillah, kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan telah lulus dan berjaya.
Sekali lagi, Tahniah! Semoga anda berjaya dan lebih cemerlang dalam pengajian akan datang.
Gambar berikut adalah sekitar verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir berjalan..
Alhamdulillah, Kongres Pendidikan Nasional 2009 telah berjaya diadakan pada 7hb dan 8hb Jun 2009 baru-baru ini di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Lebih daripada 300 orang peserta berserta ibubapa telah hadir untuk menyertai dan mengikuti program selama 2 hari ini.
Kelima-lima penceramah yang hadir adalah Cikgu Osman Affan (Pakar Motivasi dan Teknik Belajar SmartStudy), Dr Tengku Asmadi (Pakar Motivasi alihan Pelajar), Coach Ridz & Coach Sha (Pakar English Sure Boleh!) dan En Fadzli Yusof (Pakar Pengurusan Masa). Terima kasih diucapkan kepada kesemua penceramah diatas teknik dan motivasi yang dikongsi bersama peserta dan ibubapa.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, ibubapa, penceramah, pihak pengurusan Taman Tamadun Islam dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang menjayakan Kongres Pendidikan Nasional 2009.
Berikut adalah gambar sepanjang program berlangsung..
Sesi bergambar peserta bersama Cikgu Osman Affan dan Encik Redzuan Abd Aziz
Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi. Pendaftaran dibuat di lobi Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam.
Slot pertama oleh Cikgu Osman Affan
Peserta memberi konsentrasi sepenuhnya sepanjang program
Pada 26hb Mei 2009 (Selasa), pegawai daripada MARA telah hadir ke Institusi Kemahiran Showme untuk mengadakan taklimat Pusat Sumber Kerjaya MARA bagi pelajar di tahun akhir.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak MARA hadir bagi menerangkan fungsi dan objektif utama penubuhan Unit Pusat Sumber Kerjaya MARA (PSK). Objektif Unit PSK dilihat dapat membantu untuk memberi peluang kepada pelajar di bawah tajaan MARA membuka minda dan mendapatkan maklumat berguna sebelum memasuki alam pekerjaan. Selain itu usaha yang ditunjukkan oleh pihak MARA ini juga dapat membantu pelajar bagi menempatkan diri dalam bidang pekerjaan.
Sekalung penghargaan kami kepada pegawai-pegawai puan yang hadir iaitu:
1.Puan Marlina binti Alias Ali- Unit Pemasaran PSK
2.Puan Ermalawati binti Ali- Unit Urusan Penempatan Kerja
3.Puan Azura binti Hitam- Unit Latihan Graduan
Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran pihak MARA dan menyokong segala usaha yang dijalankan bagi membantu pelajar tajaan MARA.
Adakah adik-adik telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan penting UPSR, PMR dan SPM 2009 yang bakal menentukan MASA DEPAN DAN KELAYAKAN mereka untuk memasuki MRSM atau Sekolah Sains atau mendapat biasiswa penuh untuk mengikuti kursus kedoktoran, undang-undang atau lain-lain di universiti terkemuka dunia?
Tahukah anda sebagai ibubapa/penjaga CARA MEMOTIVASIKAN ANAK-ANAK anda terutamanya di saat genting sebelum menghadapi peperiksaan?
Yakinkah anda dengan cara pembelajaran anak anda merupakan CARA/TEKNIK PEMBELAJARAN YANG TERBAIK dan berkesan bagi mencapai keputusan ”Straight A’s” dalam peperiksaan tahun ini?
Satu program khas akan diadakan pada 7 & 8 Jun 2009 di Dewan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang akan dihadiri oleh 5 penceramah pakar negara akan membantu ibubapa dan pelajar mengatasi masalah ini.
Rebutlah peluang ini demi kejayaan dan masa depan anak-anak anda dan daftarlah sebelum/pada 30 Mei 2009 (Sabtu) untuk memperolehi HADIAH PERCUMA BERHARGA RM628:-
CD Video Tutorial Komputer dalam Bahasa Melayu berharga RM399
Kelas Komputer RM 109.00
Bengkel Smart Study RM120.00
Bukan itu sahaja, sekiranya anda mendaftar antara 100 orang terawal dan sebelum/pada 28 Mei 2009 (Khamis), anda dan anak anda boleh turut serta mengikuti program khas ini. Ya, anda sebagai ibu DAN bapa diberi 2 TIKET BERHARGA RM396 PERCUMA* untuk turut serta mengikuti program ini bersama anak anda.
Bawa rakan anak anda menyertai program dan daftar, kami akan berikan tuan/puan RM20 seorang bagi setiap pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat atas nama SHOWME LEARNING CENTRE SDN BHD melalui:
Datang ke pejabat kami, Tingkat 1, WISMA KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (berhadapan bangunan SATU, satu bangunan dengan RAYHAR Travel).
Kami mengalu-alukan penyertaan anda dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami ditalian 09-6227525/6317526 atau 013-9317525 (Cik Aida/Cik Mira). Sekian, terima kasih.
Bermula pada 14 Mei - 17 Mei 2009 ini, Institusi Kemahiran Showme terlibat sama dalam memeriahkan lagi Festival Hari Guru Kebangsaan 2009. Festival yang diadakan sekali setahun ini telah mendapat sambutan baik dari semua pihak.
Berikut adalah gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua
Tapak pameran kami menerima kunjungan daripada tetamu kehormat iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin, dan Menteri Besar Terengganu,
En Osman Affan, Pakar Motivasi dan Teknik Belajar SmartStudy dan En Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Showme Learning Centre juga turut sama turun padang bagi menjayakan Festival Hari Guru 2009
Pelajar sekolah mendapatkan penerangan daripada pelajar dan kakitangan Showme berkenaan Kongres Pendidikan Nasional 2009 dan maklumat Showme
Bukan sahaja pelajar yang mengunjungi tapak pameran kami, ibubapa dan guru-guru juga turut sama memeriahkan tapak pameran kami
Pengunjung mendaftar untuk menjadi Ahli Kelab Showme yang seterusnya membolehkan mereka mendapat Video Tutorial Komputer dalam Bahasa Malaysia berharga RM399.00 secara PERCUMA
Tayangan video tutorial komputer ditayangkan secara berterusan kepada pengunjung spenajang festival berlangsung. Kami juga menjual buku hasil tulisan pakar-pakar penceramah seperti En Osman Affan dan En Fadzli Yusof
Pelajar sekolah rendah juga turut sama mengunjung tapak pameran dan berdaftar sebagai Ahli Kelab Showme
Institusi Kemahiran Showme turut serta menjayakan Festival Hari Guru Kebangsaan 2009 ini yang dijalankan di Terengganu Trade Centre (Yayasan Pembangunan Usahawan) pada 14 - 17 Mei 2009.
Terdapat pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah, sesi dialog bersama Pakar Motivasi & Teknik Belajar, En Osman Affan pada 10 - 12tgh, Khamis dan Jumaat di tapak booth Showme no 74 berhadapan Pentas Mini.
Pelbagai aktiviti menarik dari pelbagai pihak seperti Petrosains, NEC, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Grolier dan lain-lain. Masuk adalah percuma dari jam 9 pagi - 7 mlm. Semua dijemput hadir. Jumpa anda disana!. Terima kasih.