SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for February, 2012

Selamat Datang

February 29, 2012 By: admin Category: Uncategorized No Comments →

Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Antarabangsa Showme yang disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan diiringi oleh Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

Rating 3.00 out of 5
[?]

SMK Panji Alam @ Program Sure Showme

February 29, 2012 By: admin Category: Bengkel Persediaan Ke IPTK, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Kami mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar dan guru pengiring dari SMK Panji Alam, Kuala Terengganu ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi menjayakan Program Sure Showme – Bengkel Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 1hb Mac 2012

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Program Sure Showme ini adalah julung kalinya akan diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme sendiri dengan menerima kunjungan daripada pihak sekolah. Kebiasaannya program ini akan diadakan di sekolah-sekolah yang terpilih, tetapi kali ini ada kelainannya.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Cikgu Suraya, Kaunselor SMK Panji Alam. Semoga program yang bakal dijalankan esok dapat dijalankan dengan sempurna dan disambut baik oleh kedua-dua belah pihak.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Jom Masuk U di Kota Bharu, Kelantan

February 24, 2012 By: admin Category: Expo, Karnival Jom Masuk U No Comments →

Team Showme akan berada di Kota Bharu, Kelantan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara “Jom Masuk U” Tahun 2012 pada hujung minggu ini. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

Program : Karnival Jom Masuk U

Tempat : Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan

Tarikh : 25hb – 26hb Februari 2012 (Sabtu & Ahad)

Marilah beramai-ramai memeriahkan lagi karnival Jom Masuk U ini. Jangan lupa untuk turut singgah di booth Showme untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan.

Anda juga layak untuk mendapatkan komputer percuma apabila mendaftar!!!

Jom semua!!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Temuduga Pengambilan Diploma Kemahiran Malaysia @ Kelantan

February 21, 2012 By: admin Category: Temuduga Kemasukan No Comments →

Sukacita dimaklumkan, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme sekali lagi akan mengadakan sesi temuduga pengajian DKM/SKM di Negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 11 program yang ditawarkan.

2. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga program Diploma Kemahiran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:

TARIKH : 23HB Februari 2012 (Khamis)

MASA : 9.00 pagi – 3.00 petang

TEMPAT : Dewan Serbaguna Yayasan Kelantan,

                         Tingkat 5, Kompleks YAKIN

3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:

a. Salinan dokumen yang lengkap:

i. Sekeping gambar berukuran pasport

ii. Slip keputusan SPM (Atau Keputusan Percubaan SPM)

iii. Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga

iv. Sijil Kelahiran Pelajar

v. Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga

vi. Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Ko-Kurikulum

(Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)

b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar

c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)

d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga

4. Sila  hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK KHADIJAH) atau email ke spm112@showme.com.my untuk maklumat lanjut.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme@Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 2012

February 09, 2012 By: admin Category: Uncategorized No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme sekali lagi telah menyertai satu perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul 1433H/2012M. Perarakan ini telah disertai oleh pasukan di seluruh Terengganu mengikut kategori dan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme merupakan pasukan yang turut sama menyertainya. Showme telah menghantar 26 orang kontijen dan ketua pasukan Showme adalah Mohd Hisyam Wahab.

Perarakan bermula seawal jam 8.00 pagi dan semua pasukan diminta untuk memulakan perarakan daripada Dataran Shahbandar dan berakhir di Stadium Negeri.

 

 

Showme ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar dan AJK yang terlibat sama dalam memeriahkan lagi perarakan ini. Semoga tahun depan kita dapat lagi menyertai aktiviti seperti ini.

p/s: lagi gambar sila ke laman facebook kami

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Kemasukan Februari 2012

February 03, 2012 By: admin Category: Uncategorized No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Jom Masuk U di Alor Setar

February 03, 2012 By: admin Category: Expo, Karnival Jom Masuk U No Comments →

Team Showme akan berada di Alor Setar, Kedah sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara “Jom Masuk U” Tahun 2012 pada hujung minggu ini. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

Program : Karnival Jom Masuk U

Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Tarikh : 4hb – 5hb Februari 2012 (Sabtu & Ahad)

Marilah beramai-ramai memeriahkan lagi karnival Jom Masuk U ini. Jangan lupa untuk turut singgah di booth Showme untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan.

Anda juga layak untuk mendapatkan komputer percuma apabila mendaftar!!!

Jom semua!!!!

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1