Sesi Orientasi-Intake Julai 2010
Terlebih dahulu, kami warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang kini telah menjadi sebahagian daripada warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Pelajar-pelajar telah melaporkan diri pada 4hb Julai 2010 dan sesi orientasi telah diadakan pada 5hb Julai sehingga 6hb Julai 2010. Sesi orientasi ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Pelajar-pelajar telah diberi peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain dengan disediakan dengan pelbagai permainan di mana bertujuan untuk membina keyakinan diri selain dapat mengenali institusi dan staf-staf di institusi.
Antara permainan yang telah diadakan sepanjang sesi orientasi adalah kotak beracun, teka silang kata, puzzle. Selain itu, pelajar-pelajar turut diberikan penerangan mengenai pinjaman pelajaran, disiplin, etika berpakaian dan peraturan-peraturan di asrama serta peraturan-peraturan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.
Berikut merupakan gambar-gambar pelajar sepanjang sesi orientasi dijalankan:
Pelajar-pelajar cuba menyelesaikan silang kata yang diberikan oleh fasilitator orientasi
Pelajar-pelajar membuat aksi ketika bermain permainan kotak beracun
Pelajar-pelajar melafazkan ikrar sebagai pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Sesi pembahagian hadiah kepada pelajar-pelajar
Pihak Showme mengucapkan selamat menjadi warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.







