Satu kursus pra-perkahwinan telah diadakan di Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Kuala Terengganu. Kursus ini adalah anjuran Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kuala Terengganu (JHEAT). Kursus ini telah diadakan pada 16hb Julai sehingga 17hb Julai 2010 bersamaan dengan 4 sehingga 5 Syaaban 1431. Peserta yang telah hadir ke kursus tersebut adalah seramai 67 orang iaitu 19 orang lelaki dan 48 perempuan.
Perisian kursus pra-perkahwinan pada 16hb Julai 2010 adalah berkenaan perkahwinan & prosedur, akhlak, aqidah dan ibadah. Manakala perisian kursus pada 17hb Julai 2010 adalah pengurusan kesihatan, komunikasi suami isteri, perngurusan stress & konfliks, pengurusan sumber keluarga, hubungan dalam keluarga dan pembubaran perkahwinan.
Penceramah-penceramah kursus pra-perkahwinan ini adalah Ustaz Haji Shukri Faiz Bin Jusoh (PP Pendaftaran NCR-JHEAT), Ustaz Haji Che Kamarudin Bin Muhamad (Pesara-JHEAT), Ustaz Mohd Shaharuddin Bin Zainal (PP Operasi-JHEAT), Ustaz Haji Zakaria Bin Othman (Pengetua SMA Setiu), Dr Hajjah Rohayaty Binti Muda (Pegawai Kesihatan Daerah Setiu), Ustaz Ismail Bin Abdul Ghani (KPP Undang-Undang Keluarga-JHEAT), Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Ismail (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan-JHEAT), Haji Razak Bin Jusoh (PP-HEP-JHEAT) dan Ustaz Haji M.Rozi Bin Haji Bidin (Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu)
JHEAT turut membawa 4 orang urusetia kursus iaitu Puan Norhayati Binti Abd Rahman, Puan Noraimi Binti Ali, Encik Mohd Samsahri Bin Alias dan YM Syed Mustafa Bin Engku Habib.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung:


Peserta-peserta kursus menumpukan perhatian pada ceramah yang diberikan oleh penceramah-penceramah JHEAT
Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang hadir pada kursus pra-perkahwinan tersebut. Tidak lupa juga kepada penceramah-penceramah dan urusetia kursus dan kami sangat berbesar hati sekiranya JHEAT masih ingin bekerjasama dengan kami pada kursus pra-perkahwinan yang akan datang pula.