SHOWME.COM.MY

Diploma Kemahiran
Subscribe

Archive for the ‘Orientasi’

Sesi Orientasi-Intake Julai 2010

July 07, 2010 By: admin Category: HEP, Intake Julai 2010, Orientasi No Comments →

Terlebih dahulu, kami warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang kini telah menjadi sebahagian daripada warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Pelajar-pelajar telah melaporkan diri pada 4hb Julai 2010 dan sesi orientasi telah diadakan pada 5hb Julai sehingga 6hb Julai 2010. Sesi orientasi ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Pelajar-pelajar telah diberi peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain dengan disediakan dengan pelbagai permainan di mana bertujuan untuk membina keyakinan diri selain dapat mengenali institusi dan staf-staf di institusi.

Antara permainan yang telah diadakan sepanjang sesi orientasi adalah kotak beracun, teka silang kata, puzzle. Selain itu, pelajar-pelajar turut diberikan penerangan mengenai pinjaman pelajaran, disiplin, etika berpakaian dan peraturan-peraturan di asrama serta peraturan-peraturan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Berikut merupakan gambar-gambar pelajar sepanjang sesi orientasi dijalankan:

Pelajar-pelajar cuba menyelesaikan silang kata yang diberikan oleh fasilitator orientasi

Pelajar-pelajar membuat aksi ketika bermain permainan kotak beracun

Pelajar-pelajar melafazkan ikrar sebagai pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

Sesi pembahagian hadiah kepada pelajar-pelajar

Pihak Showme mengucapkan selamat menjadi warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Diploma Kemahiran Malaysia Sesi Jan 2010

May 28, 2010 By: admin Category: Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bersama Wakil Industri, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, HEA, HEP, Hari Raya, Intake 2008, Jawatan kosong, Kalendar, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, PTPK, Pengurusan, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, Uncategorized, kalendar Akademik, testimoni No Comments →

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kemahiran Antarabangsa Showme menawarkan sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) seperti berikut:

INSTITUSI

:

INSTITUT KEMAHIRAN ANTARABANGSA SHOWME (L00748)

KURSUS

:

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT) & DIPLOMA PENGURUSAN KORPORAT

DAN SIJIL KEMAHIRAN BAIKI HANDPHONE

(2 DIPLOMA DAN 1 SIJIL DALAM TEMPOH 3 TAHUN)

TEMPOH

:

3 TAHUN

TEMPAT

:

TINGKAT 1 WISMA KOKITAB, JALAN SULTAN ISMAIL,

20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

PEMBIAYAAN

PINJAMAN 100%

:

PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

* ELAUN BULANAN RM300.00

Daftar sebelum atau selewat-lewatnya pada 1hb Julai 2010 dengan membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM500.00 atas nama SHOWME LEARNING CENTRE SDN BHD melalui:-

  • Akaun Maybank - 5630 6410 4435 (Hubungi kami dan simpan slip pembayaran untuk pengesahan) ATAU
  • Wang pos (Pos ke alamat kami) ATAU Datang ke pejabat kami untuk urusan pendaftaran

Daftarlah AWAL & SEGERA bagi merebut HADIAH PERCUMA ini:

Sebelum 12 Jun 2010

:

Prepaid RM100.00 ATAU Pendrive 8Gb

Sebelum 19 Jun 2010

::

Prepaid RM50.00 ATAU Pendrive 4Gb

Sebelum 26 Jun 2010

:

Prepaid RM30.00 ATAU Pendrive 2Gb

Hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm010@showme.com.my untuk maklumat lanjut.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institusi Kemahiran Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.


Rating 3.00 out of 5
[?]

Orientasi Intake Januari 2010

January 14, 2010 By: admin Category: HEP, Orientasi Comments Off

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Baru-baru ini, Institusi Kemahiran Showme Kuala Terengganu telah mengadakan satu minggu orientasi untuk pelajar-pelajar yang baru sahaja menyambung pelajarannya di Institusi Kemahiran Showme. Pelajar-pelajar diminta untuk melaporkan diri pada 11hb Januari 2010. Pelajar-pelajar dan ibu bapa telah memenuhi perkarangan institusi seawal jam 8.30 pagi.

Sesi orientasi telah dimulakan keesokan harinya,12hb Januari 2010 sehingga 13hb Januari 2010. Antara tujuan orientasi tersebut adalah untuk memperkenalkan Showme kepada pelajar itu sendiri. Selain itu, ianya bertujuan untuk memupuk semangat kejasama di dalam kumpulan serta mengeratkan lagi hubungan antara sesama pelajar dan staf-staf institusi.

Antara  aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu orientasi tersebut adalah sesi ice breaking, taklimat sistem CGPA dan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran,kuiz/teka-teki, pembentukan Nama, Logo & Motto Kumpulan. Pelajar juga turut diberi panduan untuk mengisi borang dengan cara betul.

Sesi ice breaking bersama fasi dan ahli kumpulan masing-masing

Cik Hana Liza memberi penerangan mengenai pengenalan terhadap Institusi Kemahiran Showme. Ianya merangkumi kemudahan yang terdapat di Showme.

Puan Aida Liza memberikan penerangan mengenai cara-cara pengiraan CGPA dan pengurangan bayaran balik pinjaman

Sesi pengisian borang-borang pinjaman

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang telah membantu melancarkan sesi lapor diri dan orientasi samada secara langsung atau tidak langsung. Kami juga mengucapkan selamat menjadi warga Institusi Kemahiran Showme.

%3

Rating 3.00 out of 5
[?]

Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya 2009 SMK Cheneh Baru

July 02, 2009 By: admin Category: Orientasi, Uncategorized No Comments →

Pada 30hb Jun 2009 (Selasa) Institusi Kemahiran Showme telah dijemput untuk menyertai Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru, Kemaman. Program tersebut telah diadakan di Dewan SMK Cheneh Baru bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah rasional dan objektif program menurut pihak pengurusan SMK Cheneh Baru:

…Program ”Seminar dan Pameran Kerjaya” diadakan sebagai platform dan landasan yang tepat dengan keperluan pelajar sebelum menceburi bidang kerjaya dan pendidikan tinggi selepas SPM dan STPM. Dengan adanya program sebegini, diharap para pelajar akan dapat mengetahui peluang-peluang yang ada di IPT, program yang ditawarkan dan penajaan/pinjaman yang disediakan. Selain daripada itu, diharapkan juga program ini dapat membantu memotivasikan diri mereka, memudahkan pelajar merancang kerjaya dan pendidikan tinggi selepas SPM dan STPM dan seterusnya membantu pelajar membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan pekerjaan masa kini dan akan datang…

Kami berada di SMK Cheneh Baru dari pagi sehingga program tamat. Ramai pelajar SMK Cheneh Baru dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang datang melawat tapak pameran kami. Pada hari itu juga kami menerima kunjungan daripada pelajar dan guru dari sekolah berhampiran seperti SMK Felda Neram dan SM Teknik Kemanan. Tidak ketinggalan juga ibubapa dan pelajar lepasan SPM dan STPM.

Sepanjang program berlangsung, kami bukan sahaja membuat pameran dan demonstrasi pemasangan komputer di tapak kami, tetapi kami juga dijemput untuk memberi taklimat di pentas utama Dewan SMK Cheneh Baru kepada semua pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti kuiz, cabutan bertuah dan demonstrasi Bomba dan Penyelamat.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Cheneh Baru terutamanya Puan Latifah Binti Abdul Razak, Guru Penolong Kanan HEM dan Puan Noraidah Binti Kadir, Penyelaras Program yang juga merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Tidak dilupakan juga kepada seluruh Jawatankuasa Kerja program dan semua pelajar SMK Cheneh Baru.

Harapan kami, kerjasama sebegini boleh dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sesi Orientasi Intake April 2009

April 16, 2009 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Orientasi No Comments →

Pengambilan pelajar sesi April 2009 untuk program diploma kemahiran telah diadakan pada hari Isnin, 6 April 2009. Seramai 15 pelajar telah melapordiri pada hari tersebut. 6 orang daripadanya memilih untuk menetap di asrama.

Sesi orientasi untuk para pelajar ini bermula pada hari Selasa, 7 April 2009 bertempat di bilik mesyuarat Institusi Kemahiran Showme di Wisma Kokitab. Pada hari pertama, para pelajar diberikan peluang untuk berkenalan diantara satu sama lain melalui sesi ‘ice-breaking’. Kemudian satu lawatan ringkas bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan bilik-bilik dan makmal -makmal kuliah. Sebelah petang pula para pelajar didedahkan dengan sistem pembelajaran yang bakal mereka hadapi. Penerangan tentang Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga diselitkan. Sebelum sesi berakhir, pelajar di terangkan mengenai pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.

Hari Rabu, 8 April 2009 pula merupakan hari terakhir sesi orientasi untuk para pelajar ini. Pada sebelah pagi, mereka dihiburkan dengan permainan secara berkumpulan bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dalam ‘batch’mereka. Antaranya, permainan ‘puzzle’,'word games’ dan sesi pembentangan logo kumpulan. Selepas rehat, sesi diteruskan lagi bersama bahagian HEP bagi penerangan berkaitan peraturan dan etika pelajar ketika berada di Institusi Kemahiran Showme ini. Kemudian,majlis bersama pengetua Showme, En.Redzuan diadakan. Pelbagai amanat dan nasihat serta panduan telah diberikan. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada mereka yang terpilih.

Pada hari Khamis, 9 April 2009, satu taklimat khas telah diadakan. Bertujuan untuk memastikan para pelajar paham cara mengisi borang dan bahagian yang perlu ditandatangan dengan betul. Kemudian para pelajar dilepaskan untuk pulang ke kampung halaman masing sebelum datang kembali untuk memulakan sesi pengajian mereka yang bermula pada 12 April 2009.

Selamat maju jaya!

Pegawai HEP

Institusi Kemahiran Showme

Rating 3.00 out of 5
[?]

Selamat Datang

April 08, 2009 By: admin Category: HEP, Orientasi No Comments →

Awal minggu ini iaitu pada 6hb April 2009, admin berkesempatan untuk memantau perjalanan pendaftaran pelajar-pelajar baru Semester 1 Sesi 2009 yang ditawar masuk ke Institusi Kemahiran Showme. Kesemua pelajar yang mandapat tawaran di institusi ini hadir melapor pada tarikh yang ditetapkan.

Orientasi berjalan selama 2 hari iaitu bermula pada 7hb April hingga 8hb April 2009. Apa pun TAHNIAH kepada semua pelajar yang mendapat tawaran. Semoga anda semua sukses dan cemerlang bersama Institusi Kemahiran Showme.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Hari lapor diri Kemasukan Januari 2009

January 21, 2009 By: admin Category: Orientasi No Comments →

Pada 11hb Januari 2009, Institusi Kemahiran Showme telah menerima 119 orang pelajar baru dari peringkat Sijil Kemahiran Malaysia hingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia.

Pada hari tersebut, sesi lapor diri bermula seawal jam 8.45 pagi hingga ke petang kerana ada pelajar yang datang dari luar Terengganu termasuk pelajar dari Sabah. Program pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah disediakan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Encik Abdul Aziz Bin Othman Ramli.

Ikuti video berikut untuk mengikuti perjalanan pada hari lapor diri bagi pelajar kemasukan Januari 2009.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Orientasi di Showme

January 20, 2008 By: admin Category: Orientasi No Comments →

One Missed Call movie

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login