Karnival Pendidikan MARA 2010
Satu Karnival Pendidikan MARA telah diadakan pada 28hb dan 29hb Mac 2010 di Pusat Perdagangan Terengganu. Karnival pendidikan ini bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Perasmian Karnival Pendidikan MARA telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, YB Dato’ Ibrahim Bin Muhamad
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, YB Dato’ Ibrahim Bin Muhamad
Salah seorang staf menerangkan kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Pelawat-pelawat mengisi borang pendafataran yang disediakan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Kami warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang telah memeriahkan lagi Karnival Pendidikan MARA 2010. Semoga berjumpa lagi di tahun 2011.



