Kursus Induksi PP-PPD
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah mendapat kelulusan bagi penganjuran bersama pihak JPK untuk mengadakan Kursus Induksi bagi Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) seperti berikut:
Tarikh : 19 dan 20 Jun 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu
Yuran : RM250.00 / peserta
Minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan
Sehubungan dengan itu, kami menjemput kakitangan dan perlajar di organisasi tuan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh pihak kami. Daftarlah AWAL & SEGERA bagi mendapatkan diskaun yuran penyertaan seperti berikut:
|
Tarikh |
Pendaftaran Sebelum 31 Mei 2010 |
Pendaftaran Sebelum 7 Jun 2010 |
Pendaftaran Sebelum 14 Jun 2010 |
|
Yuran |
RM250.00 |
RM275.00 |
RM300.00 |
Bayaran boleh dibuat melalui cek atas nama SHOWME LEARNING CENTRE SDN BHD atau dibuat secara tunai atau deposit ke akaun Maybank 5630 6410 4435 (Sila fakskan slip bayaran jika pembayaran dibuat melalui deposit tunai). Borang dan bayaran hendaklah dijelaskan dihantar kepada kami selewat-lewatnya pada 12hb Jun 2010.
Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA) atau email ke aida_liana@showme.com.my. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
