Have Fun With SmartStudy @ Showme
Pada 17hb Jun 2010 yang lalu, satu program Have Fun With SmartStudy anjuran Showme SmartStudy Tuition Centre telah diadakan di pusat tuisyen di Wisma KOKITAB, Kuala Terengganu. Program menarik ini menampilkan Cikgu Osman Affan, Pakar Motivasi dan Teknik Belajar SmartStudy.
Program yang bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Terengganu. Para peserta didedahkan dengan Teknik SmartStudy yang sangat menarik untuk diaplikasi dalam pembelajaran seharian mereka. Selain daripada Teknik SmartStudy, Cikgu Osman Affan juga berkongsi tips dan motivasi bagi tajuk Persediaan Saat Akhir Menjelang Peperiksaan.

Cikgu Osman Affan sedang mengendali program dengan penuh semangat. Semangat dan tenaga Cikgu Osman membuatkan para peserta juga bersemangat dan bertenaga!!

Peserta memberi tumpuan kepada setiap teknik dan tips yang diberikan. Aktiviti menarik juga membuatkan program pada hari tersebut lebih menarik!!!

Peserta Have Fun With SmartStudy bergambar bersama Cikgu Osman Affan, Pakar Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy dan Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Showme Learning Centre. Pada hari tersebut pihak Showme berbesar hati menaja penyertaan dua orang peserta dari keluarga Kak Peah yang pernah ditampilkan dalam program Bersamamu TV3 pada pertengah Mac 2010 yang lalu.
