Pesta Minda 2010
Satu aktiviti telah diadakan di Pusat Minda Besut, Terengganu. Program ini telah berjalan bermula pada 24hb Jun 2010 sehingga 26hb Jun 2010 bertempat di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jerteh, Terengganu.
Program ini berkisar mengenai keindahan dan kehebatan minda. Antara permainan minda yang telah dijalankan adalah Juggling, Speed Stack, Scrabble, Puzzle Grolier, Sudoku, Write & Draw, Memory, Lego, Creative Rocket, Mind Mapping, Paper Plane dan Colouring.
Pesta ini turut menjemput ramai pakar-pakar untuk memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar seluruh Terengganu dan orang awam. Penceramah-penceramahnya adalah En Osman Affan ( SmartStudy), Lim Teck Hoe (Memory Skills), Ungku Azlan Shah Ungku Chulan (Speed Reading), Pn Hjh Arina Abas (Evolusi Minda), Dr Jamaluddin A Jalal (Fantasi Metafizika), Prof Zalina Ismail (Anakku Pintar) dan juga Tn Hj Omar Hamat (Minda Genius Matik-MGM).
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan untuk anda
Kiri: En Osman Affan (SmartStudy) dan kanan: Tn Hj Omar Hamat ( Minda Genius Matik-MGM)
Pengunjung-pengunjung yang hadir di booth Showme SmartStudy
Kami mengucapkan terima kasih kepada Pusat Minda Besut kerana telah menjemput kami ke Pesta Minda 2010. Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang.




