Showme @ SMK Kerteh
30hb Jun 2010, Rabu. Jam 9.15 pagi…
Team Showme kini berada di SMK Kerteh bersempena Hari Kokurikulum Kelab/Persatuan 2010. Hari Kokurikulum ini merupakan satu program yang dirancang khas di dalam takwim Unit Kokurikulum SMK Kerteh. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menghasilkan insan yang berketerampilan dan mantap dari semua aspek samada jasmani, emosi. rohani dan intelektual.
Team Showme akan berada di SMK Kerteh sepanjang program berlangsung pada hari ini. Kaunter pameran kami berada di kantin sekolah bersama kaunter daripada IPTA/IPTS/IPTK yang lain. Kami menyediakan pameran menarik yang dapat memberikan informasi kepada semua pengunjung terutamanya pelajar-pelajar.
Kepada semua yang berada di Kerteh, jom sama-sama memeriahkan Hari Kokurikulum SMK Kerteh bersama Showme. Jumpa anda di sana!!!

