Program Karnival Kokurikulum & Kerjaya G-’NSeS 2010
Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga telah menjemput Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ke satu program iaitu Program Karnival Kokurikulum & Kerjaya G-’NSeS. Berikut merupakan maklumat mengenai program tersebut:
Program: Karnival Kokurikulum & Kerjaya G-’NSeS 2010
Tarikh : 1hb Julai 2010 - 3hb Julai 2010 ( Khamis - Sabtu )
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman, Terengganu
Antara aktiviti yang diadakan pada program karnival tersebut adalah pameran pendidikan, jualan dan permainan seperti boling tenpin, sepak takraw, tarik tali dan sebagainya.
Pelajar-pelajar SMK Geliga mengisi borang pendaftaran ahli kelab Showme
Kaunselor SMK Geliga, Puan Noraidah Kadir menyerahkan cenderahati kepada salah seorang staf Showme yang mengadakan pameran pada karnival tersebut
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga terutamanya kepada Puan Noraidah Kadir, Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga kerana telah menjemput kami ke karnival tersebut.



