Pameran Kerjaya SMK Kerteh Peringkat Daerah Kemaman 2010
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah dijemput untuk mengadakan pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh. Pameran ini diadakan pada 30hb Jun 2010 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 3 petang dan bertempat di perkarangan SMK Kerteh.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat kami paparkan pada anda
Salah seorang staf memberikan penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan di Showme
Pelajar-pelajar mengisi borang-borang pra pendaftaran ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan borang pendaftaran ahli kelab Showme
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, Puan Hjh Noraini Binti Hj Ya’acob menyerahkan Sijil Penghargaan kepada salah seorang staf Showme
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Kerteh kerana telah menjemput kami ke pameran kerjaya tersebut.





