Program Titian Bestari ‘Motivasi dan Teknik Belajar Smart Study peringkat daerah Kuala Terengganu
Institusi Kemahiran Showme dengan anjuran bersama Yayasan Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) telah mengadakan satu program khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi daerah Kuala Terengganu.
Program Titian Bestari - “Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy” Peringkat Daerah Kuala Terengganu ini telah dihadiri seramai lebih kurang 2000 pelajar Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3) seluruh Kuala Terengganu. Maklumat program adalah seperti berikut:
Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Encik Osman Bin Affan. Encik Osman Affan adalah seorang Professional Trainer dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau telah mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003. Rata-rata semua peserta sangat teruja dengan setiap tips dan teknik belajar SmartStudy yang ditunjukkan oleh Encik Osman Affan.
