ALUMNI SHOWME
Visi & Misi
Jasa dan peranan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme yang telah melahirkan lebih daripada 1,000 graduan sijil dan diploma sejak penubuhannya adalah amat besar. Hakikat itu tidak boleh dinafikan dari sudut sejarah, angka mahu pun kajian empirikal. Showme telah berjaya menjadi sebuah institusi kebanggaan dan harapan bangsa khususnya di Negeri Terengganu apabila menjadi institut pertama yang melahirkan graduan Diploma Kemahiran Malaysia bidang Teknologi Maklumat. Alumninya kini berada di merata-rata tempat dalam menyumbang kepakaran masing-masing.
Antara matlamat penubuhan Persatuan Alumni Showme ialah:-
- Mewujudkan hubungan saintifik, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli;
- Mewujudkan interaksi di kalangan ahli;
- Mewujudkan saluran komunikasi di antara Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan bekas siswazah;
- Mengambil bahagian aktif dalam pembangunan intelektual, pembangunan ekonomi dan sosio-politik Malaysia;
- Membantu menyumbang kepada beberapa skim kebajikan dan pelajar sama ada dalam bentuk kewangan maupun bukan kewangan.
Adalah menjadi hasrat persatuan memantapkan, memanfaatkan dan menggerakkan ahli-ahlinya untuk terus menabur bakti di negara ini.
