SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for the ‘Aktiviti Pelajar’

Open Day Showme 2012

January 22, 2012 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Pertandingan Mewarna, Showme Club, SmartStudy, Sure Showme No Comments →

Bersempena dengan pembukaan Tahun 2012, pihak pengurusan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan Pusat Tuisyen Cikgu SmartStudy telah mengadakan satu program hari terbuka dan hari keluarga iaitu Open Day Showme 2012 pada 21hb Januari 2012, Sabtu.

Open Day Showme 2012 bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 4.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari seperti Kempen Derma Darah, Pertandingan Mewarna, Bengkel Teknik Belajar SmartStudy, Demo Masakan, Demo Mewarna Batik, Demo Pemasangan Komputer, Demo Penyelenggaraan Handphone dan banyak lagi.

Berikut adalah gambaryang diabadikan sepanjang program berlangsung.

    

   

     

    

    

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke Open Day Showme 2012. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan! :D

 

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Selamat Maju Jaya

December 15, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, HEA, HEP No Comments →

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir yang bermula pada 19hb Disember 2011 ini. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.

Peringatan: Semua pelajar diingatkan membawa bersama kad pengenalan dan kad matrik masing-masing semasa peperiksaan akhir berjalan. Sebarang masalah atau kesulitan sila berhubung terus dengan Ketua Akademik di bahagian HEA.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Jom Futsal @ Showme

December 01, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Futsal No Comments →

Satu pertandingan persahabatan diantara pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan kakitangan Showme telah diadakan pada 22/11/2011 (sabtu) yang lalu bertempat di Uptown Sport De Zone, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

Pertandingan yang bermula jam 3.00 petang telah disertai oleh 45 orang pelajar termasuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu Megat Laksamana, Young Turtle, Wey Nah, Smart Gurl’s, TF Team, Grabinya, The Rock dan Belia 4B.

Pertandingan kategori lelaki telah dimenangi oleh kumpulan The Rock dan kategori perempuan dimenangi oleh kumpulan TF Team.

Taniah diucapkan kepada semua pemenang!!

  

  

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Cuti Sekolah – SmartChild

November 30, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, SmartChild, SmartStudy No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Ceramah AADK @ Showme

November 28, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia telah menganjurkan satu program iaitu ceramah kesihatan pada 23hb November 2011 yang lalu. Penceramah jemputan program tersebut ialah wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) iaitu Puan Bazilah Bt Md Ghani.

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur bersama dan penceramah jemputan yang telah hadir. Diharap program sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Culinaire Malaysia 2011

November 16, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Lawatan Sambil Belajar No Comments →

Pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (Culinary Arts) kelas Vision dan Vantage telah menyertai lawatan sambil belajar ke Culinaire Malaysia 2011 rentetan bersama Food Hotel Malaysia baru-baru ini. Culinaire Malaysia 2011 ialah acara kebangsaan yang diluluskan oleh World Association Of Chefs Societies (WACS)  yang telah menarik ramai peserta dan telah menjadi medan bagi chef-chef muda dan berbakat baru untuk Industri Kulinari.

  

  

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sneak View – Demo Makan Secara Sihat

November 03, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Demo Masakan No Comments →

Sekarang sedang berlangsung demo Program Makan Secara Sihat di School of Hospitality & Tourism, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Program yang bermula jam 9.00 pagi ini disertai oleh 35 orang pelajar Showme.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Makan Secara Sihat @ Showme

November 01, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Demo Masakan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu demo penyediaan menu makanan sihat. Maklumat lanjut berkenaan program adalah seperti berikut:

Program : Makan Secara Sihat

Tarikh : 3hb November 2011 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – pukul 12.00 tengahari

Demonstrasi akan diketuai oleh Puan Jimi, Pensyarah Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan dibantu oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan Makanan.

Program sebegini julung kali diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, selaras dengan seruan lembaga bagi mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Tahniah Kepada Pelajar DKM Sem 1

October 31, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar No Comments →

Peperiksaan Akhir bagi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Semester 1 telah diadakan pada minggu lalu pada 24hb Oktober 2011. Alhamdulillah kesemua pelajar telah berjaya dalam peperiksaan yang diadakan.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah hadir semasa verifikasi dan peperiksaan yang dijalankan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Lunch @ School of Hospitality & Tourism

October 18, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Majlis Makan No Comments →

Hari ini kakitangan dan pihak pengurusan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme menerima jemputan untuk makan tengahari daripada pelajar Kelas Vision, jurusan Culinary Art  di tingkat 4, School of Hospitality & Tourism.

Majlis makan tengahari secara buffet itu bermula jam 12.00 tengahari – 2.00 petang disajikan dengan pelbagai menu yang sangat menyelerakan. Antara menu yang dihidangkan adalah Nasi putih, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sayur Campur, Kerabu Mangga dan Ayam Goreng Berempah. Hidangan sampingan yang disajikan adalah Bihun Goreng, Spaghetti Bolognese dan Keropok Lekor Goreng. Sebagai pencuci mulut, hidangan seperti Kuih Cara Berlauk, Bubur Cacar dan buah-buahan disajikan kepada tetamu.

Tetamu turut dihadiahkan Bunga Rampai sebagai cenderahati sebelum pulang. Pelajar Kelas Vision mendapat pujian daripada semua tetamu jemputan terutamanya daripada Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Good Job and Thumbs up!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1