SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Acara Sukaneka’

Sukan Showme 2013

September 02, 2013 By: admin Category: Acara Sukaneka No Comments →

Sukan Showme 2013 4 x 8

Pada hari Khamis (04 Julai 2013) telah berlangsungnya Sukan Showme 2013 bertempat di Taman Awam Pantai Batu Buruk.Pada jam 8.30 pagi para peserta berkumpul di Showme International College untuk ke tempat sukan. Seramai  80 orang pelajar dan 8 orang kakitangan  yang telah mendaftar pada hari sukaneka tersebut. Berikut adalah senarai peserta dan jumlah kehadiran:

BIL

PESERTA

CATATAN

1

Pelajar

80

2

Kakitangan

8

JUMLAH

88

 

Pada pukul 9.00 pagi, peserta berkumpul di Taman Awam Pantai Batu Buruk dan pembahagian kumpulan telah di lakukan untuk pelajar-pelajar mengenali ahli kumpulan serta ketua kumpulan masing-masing. Selepas selesai pembahagian kumpulan, Muhammad Irfan Azim Bin Ibrahim selaku ketua projek memberi sedikit taklimat  untuk menerangkan aturcara program yang akan berlangsung pada hari tersebut. Selepas itu, semua peserta dijemput makan pagi. Pukul 9.30 pagi pula, senaman pagi diketuai oleh Muhammad Irfan Azim Bin Ibrahim.

Pada pukul 9.45 pagi acara pertama iaitu permainan span bocor. Semua  permainan ini melibatkan perlawanan di antara kumpulan A, B, C, D, E, F, G, H, I dan J. Ketua Projek Muhammad Irfan Azim Bin Ibrahim dan Ainnun Ashiraf Bt Mazlan selaku setiausaha telah menjadi pengadil bagi setiap perlawanan. Acara kedua iaitu permainan bawa belon berpasangan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan seterusnya acara ketiga iaitu permainan hop ballon yang berlangsung pada 10.15 pagi. Semua peserta dibenarkan berehat 5 minit kemudian diteruskan lagi permainan acara keempat iaitu permainan makan buah yang dimulakan pada pukul 10.20 pagi. Acara kelima iaitu permainan barisan terpanjang dimulakan pada pukul 10.40 pagi. Acara seterusnya iaitu permainan cari gula-gula dalam tepung bermula pada pukul 11.00 pagi. Acara seterusnya diteruskan lagi iaitu permainan sehati sejiwa yang bermula pada pukul 11.15 pagi. Selepas itu semua peserta dibenarkan berehat lagi selama 10 minit. Acara kelapan iaitu permainan tiup dan pecahkan belon berisi tepung dimulakan pada pukul 11.30 pagi manakala acara terakhir pula iaitu lambung dan tangkap belon yang berisi air dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari. Kemudian, semua peserta dan staff diberikan waktu rehat selama 30 minit untuk makan tengahari.

Pada pukul 12.30 petang semua peserta telah bergotong – royong membersih kawasan dimana aktiviti sukaneka tersebut berlangsung. Seterusnya semua peserta berkumpul untuk mendengar sedikit ucapan daripada Pegawai Operasi iaitu Encik Kamarul Azwan B. Kamarudin. Selepas itu, penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Kamarul Azwan B. Kamarudin kepada semua pemenang. Selepas bacaan doa semua peserta bersurai.

1

 

2

 

3

 

4

Sukan Showme 2012

May 16, 2012 By: admin Category: Acara Sukaneka, Aktiviti Pelajar, Mini Projek Pelajar No Comments →

Sukan Showme ini merupakan mini projek untuk pelajar-pelajar kelas Nexus dan Suse (DKM Sistem Maklumat Semester 3). Berikut merupakan maklumat berkenaan program tersebut:

Tarikh: 17hb Mei 2012 (Khamis)

Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang

Tempat: Taman Awam Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

 

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah ‘Kongsi Getah Menggunakan Straw’, ‘Sehati Sejiwa’, Bawa Belon Berpasangan’, Mencari Gula-gula Dalam Tepung’, ‘Meniup Belon Diisi dengan Tepung’, Barisan Terpanjang’, Mengisi Air Dalam Plastik Aiskrim’ dan Lambung & Tangkap Belon Berisi Air’.

 

Segala urusan berkenaan program ini perlu dirujuk dengan Cik Siti Esah atau Ketua Projek ini iaitu Muhamad Faiz Bin Ghani (Kelas Suse)

Showme@Sukaneka 2011

April 24, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka No Comments →

Satu sukaneka telah diadakan pada Khamis lepas (21.4.2011) di Padang SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu .Sukaneka ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pelajar-pelajar diminta untuk berkumpul di Padang SK Sultan Sulaiman 1 pada jam 9.00 pagi. Upacara dimulakan dengan pendaftaran, taklimat berkenaan aktiviti dan bacaan doa oleh Presiden MPP, Mohd Azrul Aziz.

Upacara sukaneka dimulakan jam 10.00 pagi.Antara permainan yang telah dimainkan pada hari tersebut adalah futsal, bola jaring, tarik bola dengan menggunakan gelung, rebut kerusi, bola bayang, barisan terpanjang, tarik tali dan sambut belon air.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti sukaneka berlangsung:

Senaman memanaskan badan dilakukan sebelum memulakan acara sukaneka

Antara permainan yang telah dimainkan pada hari sukaneka tersebut

Sukaneka berakhir jam 5.00 petang dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SK Sultan Sulaiman 1 terutamanya kepada Guru Besar SK Sultan Sulaiman 1.

Sukaneka 2011 @ Showme

April 17, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka, Aktiviti Pelajar No Comments →

Showme akan menganjurkan satu Sukaneka yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 21/4/2011

Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Padang SK SS 1

Program ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Sukaneka 2011 @ Showme ini terbuka kepada semua pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Hadiah-hadiah yang disediakan adalah sangat menarik.

Jom bersukan!!!!

Selamat Tahun Baru 2011

January 01, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, Have Fun With SmartStudy, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Induksi, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, PP-PPD, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, Sure Showme 2010, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun baru ini memberikan kehidupan lebih baik kepada kita semua..

Have Fun With SmartStudy @ Showme

December 17, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Program SmartStudy Memory Skills kendalian Encik Osman Affan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang berlangsung di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 8.30 pagi tadi akan berakhir petang ini pada jam 5.30 petang.

Have Fun With SmartStudy guys!!!

Sukaneka@Taman Awam Batu Burok

August 09, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Aktiviti Pelajar, HEP No Comments →

Satu acara sukaneka telah diadakan di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu pada 5hb Ogos 2010 (Khamis). Pelajar-pelajar dan staf institusi telah ke Taman Awam Batu Burok seawal jam 7.30 pagi. Acara ini merupakan mini projek bagi kelas Nexenta dan Zenwalk.

Antara permainan yang telah dimainkan pada acara tersebut adalah bola tampar pantai, gula-gula dalam tepung, tiup belon, isi air dalam botol, bola sepak pantai dan tarik tali. Staf-staf turut serta bermain di dalam acara sukaneka tersebut.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda semua

Peserta-peserta bola sepak pantai bertungkus lumus menjaringkan gol

Peserta-peserta bola tampar

Aksi-aksi peserta mencari gula-gula dalam tepung

Penonton memberi sokongan kepada peserta-peserta tiup belon

Pemenang-pemenang setiap permainan telah diberikan hadiah yang berupa sebuah hamper

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah memenangi pertandingan sukaneka tersebut

Acara sukaneka telah berakhir jam 5.00 petang. Bagi menutu acara sukaneka, pelajar-pelajar telah mengambil gambar kenangan

Kami mengucapkan terima kasih kepada staf-staf dan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah memeriahkan acara sukaneka ini. Berharap semoga lebih banyak aktiviti-aktiviti santai seperti ini diadakan kerana ianya dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan staf-staf Showme disamping dapat mengurangkan tekanan bekerja dan belajar.