SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Kem Pemantapan Kendiri’

Selamat Tahun Baru 2011

January 01, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, Have Fun With SmartStudy, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Induksi, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, PP-PPD, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, Sure Showme 2010, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun baru ini memberikan kehidupan lebih baik kepada kita semua..

Have Fun With SmartStudy @ Showme

December 17, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Program SmartStudy Memory Skills kendalian Encik Osman Affan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang berlangsung di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 8.30 pagi tadi akan berakhir petang ini pada jam 5.30 petang.

Have Fun With SmartStudy guys!!!

Program Anak Angkat IPTS Zon Timur 2010

August 04, 2010 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Kem Pemantapan Kendiri No Comments →

Pada 29hb hingga 31hb Julai 2010 yang lalu, 4 orang pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah terpilih untuk menyertai Program Anak Angkat IPTS Zon Timur 2010 yang dianjurkan oleh pihak Kolej TESDEC. Program kami ini telah diadakan di Kampung Jenang, Marang, Terengganu. 4 orang pelajar yang terpilih adalah Wan Nabihah Binti Wan Mohamed, Raja Aishah Binti Raja Talib, Rabiatul Adawiah Binti Embong dan Zaini Binti Muhamad Wahid yang merupakan pelajar Semester 5 Diploma Kemahiran Malaysia.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu. Pada hari pertama, semua peserta menunaikan solat berjemaah dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Kampung Jenang. Selepas Isya’, mereka berkumpul di balairaya untuk taklimat dan penerangan serba sedikit berkenaan Kampung Jenang. Pada hari kedua, aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong di Masjid Kampung Jenang, lawatan ke dusun buah-buahan penduduk dan Program Sukaneka Bersama Keluarga Angkat di pinggir Sungai Jenang. Pada hari terakhir, peserta dibawa melawat ke Tapak Projek Industri Desa. Pelbagai aktiviti di tapak projek seperti membuat air nira, membuat atap nipah, tapak lombong emas dan tempat membuat gula melaka. Sebelum majlis bersurai, peserta sekali lagi bergotong-royong bersama penduduk menyediakan makan tengahari untuk semua peserta dan penduduk.

Program seperti ini sememangnya memberi manfaat dan kebaikan pada semua peserta terutamanya dalam mengenal erti perhubungan dalam sesebuah keluarga, tanggungjawab dan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru. “Ini satu pengalaman yang sangat bermakna bagi kami kerana banyak belajar dari program ini. Contohnya penduduk yang bersatu padu dan ramah melayan kami seperti keluarga mereka sendiri” kata pelajar kami, Zaini Binti Muhamad Wahid.

Aktiviti Kem Kemantapan Kendiri 2009 Vol 2

January 29, 2009 By: admin Category: Kem Pemantapan Kendiri No Comments →

Acara Sukaneka telah diadakan pada hari terakhir Kem Kemantapan Kendiri 2009. Lebih daripada 8 acara telah disediakan pada pagi tersebut. Kesemua peserta mengambil bahagian dalam semua acara dan mereka kelihatan sangat gembira. Kalah atau menang bukan perkara utama tetapi kegembiraan dan keseronokan yang dikongsi bersama.

Aktiviti Kem Kemantapan Kendiri 2009 Vol 1

January 27, 2009 By: admin Category: Kem Pemantapan Kendiri No Comments →

Pada hari kedua program Kem Kemantapan Kendiri, satu aktiviti ‘jungle tracking’ diadakan dengan seliaan daripada dua orang anggota yang bertugas di Taman Pertanian Negeri.

Tonton video berikut untuk mengikuti aktiviti yang telah diadakan..

Rigged ipod

Kem Kemantapan Kendiri 2009

January 26, 2009 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Kem Pemantapan Kendiri No Comments →

Pada 15hb Januari sehingga 17hb Januari 2009, satu Kem Kemantapan Kendiri 2009 telah diadakan di Taman Pertanian Negeri di Sekayu. Kem tersebut telah dikendali dan dirancang oleh pelajar Diploma Kemahiran Malaysia, Sistem Maklumat Semester 3 iaitu kelas Solaris yang juga merupakan projek mini kelas tersebut dengan penyeliaan daripada Penyelia Projek, Encik Mohd Suhaimi.

Kem selama 3 hari 2 malam itu disertai oleh 49 orang pelajar Institusi Kemahiran Showme dan diiringi 6 orang guru pengiring serta 12 orang fasilitator dari kelas Solaris sendiri. Pelbagai program menarik yang diadakan sepanjang kem tersebut seperti berkayak, ‘Susur Gelita’, ‘Burung Pungguk’, ‘Jungle Tracking’, ‘Malam Kebudayaan’ dan ‘Sukaneka’.

Pada hari terakhir kem, Pengetua Institusi Kemahiran Showme telah dijemput bagi majlis penutup. Menurut tuan pengetua, kem yang dikendalikan oleh pelajar kelas Solaris sebagai projek mini mereka merupakan satu kejayaan dan beliau berbangga dengan mereka. Majlis tamat sekitar jam 4.00 petang dan semua pelajar bertolak balik ke Kuala Terengganu pada jam 5.00 petang.

Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar Solaris dan Penyelia Projek!!!