Showme @ Perlancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar
Hari ini, 18hb Oktober 2011, seramai 21 orang pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme terlibat sama bagi menjayakan Majlis Perlancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).
Majlis Perlancaran MASM diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang melibatkan seramai 1000 orang tetamu. Pihak TTI Management Sdn Bhd telah menjemput pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme untuk terlibat sama memberi perkhidmatan sepanjang majlis berlangsung.
Diharap program sebegini dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar Showme terutamanya pelajar jurusan Hospitality & Tourism dengan situasi dan keadaan perkerjaan yang sebenar.

