SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Majlis Sambutan Hari Raya’

Majlis Sambutan Hari Raya 2016

August 24, 2016 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Majlis Sambutan Hari Raya No Comments →

Banner Raya 2016 4 x 8 resize

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif yang telah kami dapat selepas menjayakan majlis ini adalah :

  • Dapat menjayakan mini projek pelajar tahap 3 dan 2 dalam Kursus Penyediaan Dan Pembuatan Makanan.
  • Dapat Menyempurnakan amali SUPERVISORY ADMINISTRATIVE FUNCTION CU04 Tahap 3 dan CU09 SET-UP CATERING AKTIVITIES Tahap 2 bagi Kursus Penyediaan Dan Pembuatan Makanan.
  • Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak kakitangan kolej dengan pelajar.
  • Mengaplikasikan pembelajaran kepada pelajar tahap 3 dan tahap 2 mengenai CU yang berkaitan.
  • Sebagai tanda penghargaan dari kami Institusi lain,para pelajar,kakitangan serta semua yang terlibat.
  • Memenuhi syarat keterampilan cu.

GAMBAR PROGRAM

1234567891011

 

Majlis Sambutan Hari Raya 2014

September 02, 2014 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Majlis Sambutan Hari Raya No Comments →

Banner Raya 4 x 8 rev 5B

Pada 25 Ogos 2014 bersamaan 29 Syawal 1435 Hijrah ( Isnin ) telah berlangsung satu Majlis Sambutan Hari Raya bertempat di Showme International College.Majlis ini merupakan projek bagi kelas Milamin, Kaspersky, Photoshop, Kingston & Flash telah dihadiri oleh tetamu kehormat dan juga para pelajar serta staf Showme International College.

Berikut ialah gambar-gambar program;

1

 

2

 

3

 

Untuk melihat lebih banyak gambar, bolehlah klik pada link di bawah;

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.731649700240804.1073741881.476653849073725&type=1

Program Showme Raya bantu orang kelainan upaya (OKU) Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

August 26, 2013 By: admin Category: Majlis Sambutan Hari Raya No Comments →

Banner raya 2013 C 4 x 8

Kuala Terengganu 21 Ogos – Showme International College telah memberi sinar kegembiraan syawal kepada penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu yang terdiri daripada OKU Masalah Pembelajaran yang boleh dilatih, lelaki dan perempuan yang berumur dari 0 hingga 14 tahun. Program kebajikan tahunan Showme ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan Showme merapatkan silaturrahim dan prihatin dengan penghuni.

Pengarah program, Muhamad Faiz Ghani  yang merupakan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia di Showme International College berkata, seramai 16 orang pelajar telah terlibat dan pelbagai aktiviti telah diaturkan antaranya ialah karaoke lagu raya, persembahan tarian Gummy Bear dan bercerita daripada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Penjagaan Kanak-kanak (Childcare) dan penyampaian hadiah dan duit raya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Encik Redzuan Abd Aziz.

Program seumpama ini perlu digalakkan di kalangan anak muda sebagai tanda cakna mereka terhadap masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan ahli keluarga, sanak saudara dan masyarakat setempat untuk memberi perhatian, sumbangan dan kasih sayang kepada penghuni-penghuni yang ditempatkan di institusi ini.

Di institusi ini, aktiviti hari terbuka, perayaan hari-hari kebesaran, gotong-royong dan sebagainya diadakan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli masyarakat , pertubuhan sukarela, orang perseorangan dan pihak swasta memberi sumbangan tenaga, masa dan kewangan untuk meraikan penghuni di sini supaya mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa dalam keceriaan.

Pegawai Operasi Showme International College, Encik Kamarulazwan Kamarudin ketika dihubungi berkata, program ini berlangsung dengan jayanya dan akan diteruskan pada masa akan datang sebagai program tahunan. Jelasnya, apa yang menggembirakan beliau ialah sambutan menggalakkan daripada penghuni Taman Sinar Harapan menunjukkan golongan ini tidak perlu disisihkan daripada masyarakat.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang dijalankan.

Gambar Taman sinar Harapan 1

 

Gambar Taman sinar Harapan 2