SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for the ‘Aktiviti Pelajar’

Sneak View – Demo Makan Secara Sihat

November 03, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Demo Masakan No Comments →

Sekarang sedang berlangsung demo Program Makan Secara Sihat di School of Hospitality & Tourism, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Program yang bermula jam 9.00 pagi ini disertai oleh 35 orang pelajar Showme.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Makan Secara Sihat @ Showme

November 01, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Demo Masakan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia akan menganjurkan satu program iaitu demo penyediaan menu makanan sihat. Maklumat lanjut berkenaan program adalah seperti berikut:

Program : Makan Secara Sihat

Tarikh : 3hb November 2011 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – pukul 12.00 tengahari

Demonstrasi akan diketuai oleh Puan Jimi, Pensyarah Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan dibantu oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan Makanan.

Program sebegini julung kali diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, selaras dengan seruan lembaga bagi mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Tahniah Kepada Pelajar DKM Sem 1

October 31, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar No Comments →

Peperiksaan Akhir bagi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Semester 1 telah diadakan pada minggu lalu pada 24hb Oktober 2011. Alhamdulillah kesemua pelajar telah berjaya dalam peperiksaan yang diadakan.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah hadir semasa verifikasi dan peperiksaan yang dijalankan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Lunch @ School of Hospitality & Tourism

October 18, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Majlis Makan No Comments →

Hari ini kakitangan dan pihak pengurusan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme menerima jemputan untuk makan tengahari daripada pelajar Kelas Vision, jurusan Culinary Art  di tingkat 4, School of Hospitality & Tourism.

Majlis makan tengahari secara buffet itu bermula jam 12.00 tengahari – 2.00 petang disajikan dengan pelbagai menu yang sangat menyelerakan. Antara menu yang dihidangkan adalah Nasi putih, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sayur Campur, Kerabu Mangga dan Ayam Goreng Berempah. Hidangan sampingan yang disajikan adalah Bihun Goreng, Spaghetti Bolognese dan Keropok Lekor Goreng. Sebagai pencuci mulut, hidangan seperti Kuih Cara Berlauk, Bubur Cacar dan buah-buahan disajikan kepada tetamu.

Tetamu turut dihadiahkan Bunga Rampai sebagai cenderahati sebelum pulang. Pelajar Kelas Vision mendapat pujian daripada semua tetamu jemputan terutamanya daripada Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Good Job and Thumbs up!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Jom Derma Darah@Showme

October 18, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Derma Darah No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan mengadakan satu program dengan kerjasama pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah iaitu Program Derma Darah seperti berikut:

Tarikh : 19/10/2011

Hari : Rabu

Masa : 10.00 pagi – 3.00 petang

Tempat : Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail

Selain daripada program derma darah, Showme turut menjemput Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk mengadakan pameran.

Semua dijemput hadir untuk bersama menyumbang dan menderma untuk mereka yang memerlukan.

Jom Derma Darah!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Perlancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar

October 18, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Khidmat Masyarakat No Comments →

Hari ini, 18hb Oktober 2011, seramai 21 orang pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme terlibat sama bagi menjayakan Majlis Perlancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

Majlis Perlancaran MASM diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang melibatkan seramai 1000 orang tetamu. Pihak TTI Management Sdn Bhd telah menjemput pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme untuk terlibat sama memberi perkhidmatan sepanjang majlis berlangsung.

Diharap program sebegini dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar Showme terutamanya pelajar jurusan Hospitality & Tourism dengan situasi dan keadaan perkerjaan yang sebenar.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peringatan Peperiksaan Akhir Diploma Kemahiran Malaysia

September 11, 2011 By: admin Category: HEA, HEP, Projek Akhir No Comments →

Kepada semua pelajar Semester 6 (Kelas MOZILLA, VISTA dan GFORCE) dan pelajar Tahap 3 (Kelas LUNAR dan ULTEO), Unit Peperiksaan ingin  mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 18 September SEHINGGA 20 September 2011 (ISNIN – SELASA). Sila rujuk pada Notis yang ditampal di papan kenyataan untuk maklumat lanjut.

Semua pelajar hendaklah memastikan kesemua dokumen telah dilengkapkan dan PP telah menandatangani semua penilaian terutama RPK masing-masing. Sila pastikan juga Kad Matrik dan Kad Pengenalan dibawa bersama semasa peperiksaan berlangsung.

Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan dan pengemaskinian portfolio untuk dinilai oleh PPL.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih

August 22, 2011 By: admin Category: HEP, Majlis Berbuka Puasa, MPP 2011, Pengurusan, Solat Terawih No Comments →


Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih. Majlis ini diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme pada 23hb Ogos 2011 (Selasa). Semua pelajar dan staf Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme@Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

August 04, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, Ceramah Agama, HEA, HEP, Pengurusan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Terengganu telah menganjurkan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.  Semua pelajar dan wakil kakitangan Showme telah menghadiri dan mengikuti program yang diadakan selama 2 jam ini.

Program ini telah diadakan di Surau Saiyyed Saqqaf, bersebelahan dengan Showme dan ceramah telah dikendalikan oleh Ustaz Khasmizan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

Program bermula dengan Solat Zohor secara berjemaah di surau dan disusuli dengan ceramah oleUstaz Khasmizan. Berikut merupakan maklumat berkenaan program:

Program: Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Tarikh: 3/8/2011 (Rabu)

Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang

Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Penceramah: Ustaz Khasmizan Bin Abdullah (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu)

Penceramah jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Ustaz Khamizan Bin Abdullah (Penolong Pegwai Syariah))

Antara pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah sempena kedatangan ramadhan

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menghadiri program yang telah diadakan ini. Diharap semua pelajar dan peserta mendapat manfaat dan pengajaran dari ceramah yang diberikan. Diharapkan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Ceramah Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan

August 03, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, Ceramah Agama No Comments →

Belia 4B sekali lagi menjemput Institut Kemahiran Antarabangsa Showme untuk menghadiri ceramah sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, 1432H/2011M.

Semua pelajar IKAS diminta untuk menghadiri ceramah seperti berikut:

Program: Ceramah Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Tarikh: 3hb Ogos 2011 (Hari Ketiga Ramadhan)

Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang

Pelajar-pelajar diminta untuk berpakaian menutup aurat dan membawa telekung sendiri (untuk perempuan sahaja) kerana solat Zohor secara berjemaah turut diadakan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1