Archive for the ‘Perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M’
Showme@Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 1432H/2011M
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah menyertai satu perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul 1432H/2011M. Perarakan ini telah disertai oleh 110 pasukan di seluruh Terengganu mengikut kategori dan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme merupakan pasukan yang ke-76. Showme telah menghantar 37 orang kontijen dan ketua pasukan Showme adalah Mohamad Azrul bin Aziz, Presiden MPP Showme.
Perarakan bermula seawal jam 8.00 pagi dan semua pasukan diminta untuk memulakan perarakan daripada Dataran Shahbandar dan berakhir di Stadium Negeri.
Showme, pasukan yang ke-76
Selawat diketuai oleh Mohamad Azrul dan Mohd Hisyam
Alunan kompang oleh Tuan Amirul Hakim, Kkairul Rizal, Amir Ubaidah, Shafiee dan diketuai oleh Mohd Sharul Rizzuan
Antara peserta dan pasukan yang terlibat di dalam perarakan Maulidur Rasul 1432H/2011M
Perasmian disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Seri Laksamana Raja Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja
Pasukan Showme yang terlibat
Showme ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar dan AJK yang terlibat sama dalam memeriahkan lagi perarakan ini. Semoga tahun depan kita dapat lagi menyertai aktiviti seperti ini.
p/s: lagi gambar sila ke laman facebook kami
http://www.facebook.com/home.php#!/Showme.College
Maulidur Rasul 1432H/2011M
Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur RasulĀ 1432H/2011M pada 15hb Februari 2011 (Selasa)
Semoga tahun 2011 ini akan membawa seribu keberkatan kepada anda semua








