SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Belia 4B’

Ceramah AADK @ Showme

November 28, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia telah menganjurkan satu program iaitu ceramah kesihatan pada 23hb November 2011 yang lalu. Penceramah jemputan program tersebut ialah wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) iaitu Puan Bazilah Bt Md Ghani.

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur bersama dan penceramah jemputan yang telah hadir. Diharap program sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Showme@Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

August 04, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, Ceramah Agama, HEA, HEP, Pengurusan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Terengganu telah menganjurkan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.  Semua pelajar dan wakil kakitangan Showme telah menghadiri dan mengikuti program yang diadakan selama 2 jam ini.

Program ini telah diadakan di Surau Saiyyed Saqqaf, bersebelahan dengan Showme dan ceramah telah dikendalikan oleh Ustaz Khasmizan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

Program bermula dengan Solat Zohor secara berjemaah di surau dan disusuli dengan ceramah oleUstaz Khasmizan. Berikut merupakan maklumat berkenaan program:

Program: Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Tarikh: 3/8/2011 (Rabu)

Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang

Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Penceramah: Ustaz Khasmizan Bin Abdullah (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu)

Penceramah jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Ustaz Khamizan Bin Abdullah (Penolong Pegwai Syariah))

Antara pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah sempena kedatangan ramadhan

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menghadiri program yang telah diadakan ini. Diharap semua pelajar dan peserta mendapat manfaat dan pengajaran dari ceramah yang diberikan. Diharapkan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Ceramah Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan

August 03, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, Ceramah Agama No Comments →

Belia 4B sekali lagi menjemput Institut Kemahiran Antarabangsa Showme untuk menghadiri ceramah sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, 1432H/2011M.

Semua pelajar IKAS diminta untuk menghadiri ceramah seperti berikut:

Program: Ceramah Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Tarikh: 3hb Ogos 2011 (Hari Ketiga Ramadhan)

Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang

Pelajar-pelajar diminta untuk berpakaian menutup aurat dan membawa telekung sendiri (untuk perempuan sahaja) kerana solat Zohor secara berjemaah turut diadakan.

Larian Mesra Kecergasan

July 17, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, HEA, HEP, Pengurusan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah menyertai  satu program iaitu ‘Larian Mesra Kecergasan’ pada 16hb Julai 2011 (Sabtu) anjuran Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya. Larian ini telah diadakan seawal jam 7,30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari bermula di Pusat Kegiatan Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya.

Senaman memanaskan badan sebelum memulakan larian

Larian bermula dan berakhir di Pusat Kegiatan Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya

 

Kami, wakil daripada Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Gerakan Belia 4B diatas jemputan menyertai program ini dan tahniah  kepada semua yang telah menjayakan larian mesra kecergasan ini.