SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Bengkel Kerjaya Showme’

Showme @ Pameran Kerjaya SMK Kerteh

July 05, 2012 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bengkel Kerjaya Showme, Expo, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Tahun ini, sekali lagi team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan ke SMK Kerteh, Kemaman untuk mengambil bahagian dan menjayakan Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT SMK Kerteh 2012. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT

Tarikh: 5/7/2012 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: SMK Kerteh, Kemaman

Kepada adik-adik yang berada di sekitar daerah Kemaman, bolehlah sama-sama meluangkan masa untuk melawat tapak pameran kami di SMK Kerteh. Pelbagai informasi menarik akan dikongsikan bersama adik-adik.

SMK Panji Alam @ Showme : Program Sure Showme

March 01, 2012 By: admin Category: Bengkel Kerjaya Showme, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Panji Alam terutamanya kepada semua pelajar dan guru pengiring iaitu Cikgu Suraya Ahmad, Guru Kaunselor, Cikgu Fauziah Mohamad, Guru Kaunseling dan Cikgu Ramlah Awang, Guru Penyelaras Kelab Bridget Bestari, yang telah hadir ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi menjayakan Program Sure Showme – Bengkel Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer baru-baru ini. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 1hb Mac 2012

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Program yang bermula awal pagi dan tamat pada tengahari mengandungi slot yang menarik yang dikongsi bersama pelajar-pelajar seperti Asas Pengenalan Komputer, Amali Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer dan Peluang Pengajian. Semua pelajar sangat seronok dengan semua aktiviti yang disusun kepada mereka.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Showme, Tn Haji Redzuan Abd Aziz, kepada pelajar-pelajar SMK Panji Alam. Sijil penghargaan juga turut diserahkan kepada sekolah dengan diwakili oleh Cikgu Suraya Ahmad sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak sekolah.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekali lagi kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar, guru-guru pengiring serta semua yang terlibat.

Lagi gambar program di Facebook Showme

 

Showme @ SMK Kerteh

June 29, 2011 By: admin Category: Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Pameran Kerjaya, Showme Club No Comments →

Tahun ini, sekali lagi team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan ke SMK Kerteh, Kemaman untuk mengambil bahagian dan menjayakan Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT SMK Kerteh 2011. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT

Tarikh: 30/6/2011 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: SMK Kerteh, Kemaman

Kepada adik-adik yang berada di sekitar daerah Kemaman, bolehlah sama-sama meluangkan masa untuk melawat tapak pameran kami di SMK Kerteh. Pelbagai informasi menarik akan dikongsikan bersama adik-adik.

Selamat Tahun Baru 2011

January 01, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, Have Fun With SmartStudy, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Induksi, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, PP-PPD, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, Sure Showme 2010, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun baru ini memberikan kehidupan lebih baik kepada kita semua..

Have Fun With SmartStudy @ Showme

December 17, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Program SmartStudy Memory Skills kendalian Encik Osman Affan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang berlangsung di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 8.30 pagi tadi akan berakhir petang ini pada jam 5.30 petang.

Have Fun With SmartStudy guys!!!

Program

December 09, 2010 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Showme Club No Comments →

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, satu-satunya institut yang diiktiraf bagi pengambilan pelajar antarabangsa bagi menjalankan program diploma kemahiran oleh Kementerian Sumber Manusia di Pantai Timur, dengan ini menawarkan bengkel “SURE SHOWME” SECARA PERCUMA kendalian institut kami yang diadakan khas kepada pelajar lepasan SPM 2010 Terengganu. Keterangan program adalah seperti berikut:

Bengkel*

:

1. Bengkel 1 – Bengkel Baiki Komputer

2. Bengkel 2 – Bengkel Baiki Handphone

3. Bengkel 3 – Bengkel Membangunkan Weblog

Tempat

:

Institut Kemahiran Antarabangsa ShowmeTingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail

20200 Kuala Terengganu

Tarikh*

:

Bermula 14hb Disember 2010 – 1hb Januari 2011 (Sabtu – Khamis)
Masa

:

Sesi 1 : 9.00 pagi – 11.00 pagiSesi 2 : 11.30 pagi – 1.30 petang

Sesi 3 : 2.30 petang – 4.30 petang

* Pelajar perlu membuat pilihan salah satu bengkel sahaja dan salah satu tarikh dan sesi sahaja

TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 30 ORANG SAHAJA BAGI SATU SESI.

Sila hubungi kami untuk membuat pengesahan pendaftaran sebelum atau selewat-lewatnya pada 13hb Disember 2010 melalui:-

  • Telefon ke talian 09-6227525 / 09-6317526 / 013-9317525 ATAU
  • Email maklumat iaitu nama, no telefon, bengkel dan tarikh pilihan ke fcourse@showme.com.my ATAU
  • SMS maklumat iaitu nama, email, bengkel dan tarikh pilihan ke talian 013-9317525 ATAU
  • Datang sendiri ke pejabat kami di alamat di atas

Daftarlah AWAL & SEGERA bagi merebut HADIAH PERCUMA ini:

  • Video tutorial SERVIS KOMPUTER berharga RM49.90 secara PERCUMA sekiranya anda mendaftar sebelum 14hb Disember 2010
  • Video tutorial SERVIS KOMPUTER dan SERVIS HANDPHONE berharga RM109.90 dan penambahan mana-mana bengkel secara PERCUMA sekiranya anda mendaftar sebelum 14hb Disember 2010 bersama 5 orang rakan lain

Sila layari laman web facebook kami di www.facebook.com/showme atau hubungi kami di talian 09-6227525 atau 013-9317525 (CIK AIDA) atau email ke fcourse@showme.com.my untuk maklumat lanjut. Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai kursus percuma ini dengan doa dan harapan anda akan memperoleh maklumat dan pengetahuan teknologi terkini khususnya.

Sekian, terima kasih.

Bengkel Kerjaya Showme

May 16, 2010 By: admin Category: Bengkel Kerjaya Showme No Comments →

Satu bengkel kerjaya telah diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa pada 14hb Mac 2010. Penceramah yang terlibat adalah En. Mazlan Bin Sharif (Pegawai Tenaga Kerja)

dan En. Mohamad Nasir Bin Mohamad (Pembantu Perhubungan Perusahaan).

En. Mazlan sedang memberikan penerangannya mengenai cara-cara pengisian Portal Penjodohan Kerja

Pelajar yang terlibat dalam Benkel Kerjaya ini adalah pelajar daripada semester 3 sehingga semester 5. Bengkel ini telah diadakan sebanyak 2 slot. Slot yang pertama bermula jam 10.00 sehingga jam 12.30 tengahari. Slot ini membincangkan tentang ‘Penggunaan Portal Penjodohan Kerja’. Manakala, slot yang kedua bermula jam 2.30petang sehingga jam 4.30 petang. Slot ini membincangkan tentang ‘Tips-tips Menghadapi Temuduga’.

Pelajar-pelajar sedang mendengar ape yang diperkatakan oleh Pegawai Tenaga Kerja

Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan.

Selamat Berjaya!