SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Expo’

Kaunter Pembayaran Balik PTPK 2014

March 05, 2014 By: admin Category: PTPK No Comments →

PTPK Flyer 2014 edit

Wakil dari PTPK telah membuka kaunter pembayaran balik di Showme International College pada 10/3/ 2014 ( Isnin ) untuk memberi peluang kepada pelajar atau bekas pelajar yang ingin membuat bayaran balik pinjaman.

Gambar program

3

2

4

6

Pameran Kolokium Guru Bimbingan & Kaunseling Peringkat Negeri Kelantan 2009

May 28, 2009 By: admin Category: PTPK No Comments →

Pada 27hb Julai 2009, satu seminar bertajuk Kolokium Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Negeri Kelantan 2009 anjuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) telah diadakan di Dewan Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.

Seminar dan pameran ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang dengan perasmian penutup disempurnakan oleh wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling, Tuan Haji Ahmad Termizi Bin Haji Musa. Lebih kurang 150 orang wakil sekolah dari seluruh Negeri Kelantan telah hadir yang terdiri daripada guru kaunselor dan guru penolong kanan HEM.

Objektif utama seminar adalah bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat bidang latihan kemahiran dan institusi yang menawarkannya, mewujudkan satu jaringan maklumat yang berkensan untuk semua pihak, mendedahkan kemudahan pembiayaan pinjaman latihan kemahiran oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), memahami kaedah latihan dan Pensijilan Kemahiran Malaysia sehingga tahap tertinggi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mengetahui laluan kerjaya dan pemilihan bidang kemahiran untuk para pelajar.

Insitusi Kemahiran Showme juga turut sama menjayakan seminar pada hari tersebut dengan membuka booth pameran yang menyediakan informasi program yang berguna kepada para kaunselor. Selain daripada kami, beberapa institusi dan kolej lain turut serta seperti Kolej Negeri, Kolej Inforana, ILP Kota Bharu, Mizumi Beauty Academy, Kolej Teknologi Bestari dan Institut Teknologi Bestari.