SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Karnival Pendidikan & Kerjaya’

Karnival Kerjaya & Keusahawanan UnisZA 2013

November 27, 2013 By: admin Category: Jawatan kosong, Karnival Keusahawanan dan Kerjaya, Karnival Pendidikan & Kerjaya No Comments →

Iklan Jawatan Kosong resize

Sukacita dimaklumkan Showme International College akan membuka booth di Karnival Kerjaya & Keusahawanan UnisZA 2013 sempena majlis konvokesyen pada 28 November 2013 ( Khamis ) – 1 Disember 2013 ( Ahad ) di Taman Usahawan Muda Pelajar UnisZA ( TUMPU ), Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai peluang pekerjaan yang terdapat dalam agensi kerajaan dan swasta selain menimba ilmu tentang selok-belok perniagaan melalui penceramah yang dijemput khas.

Jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan oleh Showme International College;

1.Private School Teacher ( Showme Kidz )

  1. Guru Agama ( KAFA ) – Bidang yang berkaitan
  2. Guru B.Inggeris ( Kekosongan : 1 – lelaki / perempuan ) -ijazah dalam bidang        berkenaan.
  3. Guru Match ( Kekosongan : 1 – lelaki / perempuan ) – ijazah dalam bidang berkenaan.
  4. Guru Science ( Kekosongan 1 – lelaki / perempuan ) – ijazah dalam bidang berkenaan.
  5. Pembantu Tadika – Diploma Pengurusan Taska@Tadika
  6. Pembantu Tadbir – Diploma Sistem Maklumat

*** Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berpengalaman.

Showme International College

  1. Pegawai Khidmat Perunding Pendidikan & Kerjaya ( Kekosongan 2 – lelaki / perempuan ) – Diploma / Ijazah ( Lulusan Engineering )
  2. Pensyarah Kolej – Kulinari – Diploma Kemahiran Malaysia / VTO

Gambar program

Booth Showme International College

Booth Showme International College

 

Tapak booth dinaiki air selepas hujan lebat.

Tapak booth dinaiki air selepas hujan lebat.

Karnival My3L Showme

September 03, 2013 By: admin Category: Karnival Pendidikan & Kerjaya No Comments →

Jertih  26 Ogos – Showme International College telah menyertai pameran pendidikan dan galeri demonstrasi interaktif  di Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (Long Life Learning) My3L Zon Timur anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 – 25 Ogos 2013 di Jertih Souq, Terengganu. Penyertaan kali ini dikendalikan oleh Pegawai Perunding Pendidikan dan Kerjaya Showme, Encik Daing Muhamad Fadzil Abd Latif bersama-sama dua orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Penjagaan Kanak-kanak, Cik Nadhirah dan Cik Farah Nadia

Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh pada 25 Ogos. Lebih 60 tapak pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta juga institusi pendidikan yang hadir memeriahkan karnival ini. Jumlah pengunjung yang hadir juga menggalakkan iaitu sekitar 15,000 orang sepanjang karnival berlangsung.

Di tapak pameran Showme, pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya khidmat perundingan peluang pendidikan dan kerjaya, demonstrasi interaktif membuat model bilik bayi berumur  0 – 12 bulan dan penyediaan playdough (tepung yang diuli) bertemakan buah-buahan tempatan.  Demonstrasi interaktif kali ini mendapat tarikan pengunjung, ada di antara pelajar sekolah menengah yang datang untuk mencuba kreativiti mereka menghasilkan playdough mereka sendiri.

Bagi pelajar Showme yang hadir, Cik Nadhirah berkata, beliau bukan sahaja berpeluang untuk melakukan demonstrasi interaktif berdasarkan kemahiran yang dipelajari namun dapat berinteraksi dengan masyarakat bahawa kursus penjagaan kanak-kanak yang dipelajari mempunyai hubung kait dalam pembangunan keluarga yang sejahtera.

Puan Fatimah Mamat, salah seorang ibu yang ditemui di tapak pameran Showme berkata, beliau  menyedari ilmu kemahiran penjagaan kanak-kanak yang ditonjolkan di tapak karnival Showme sangat menarik kerana hanya beberapa institusi kemahiran di negara ini menawarkan kursus yang serupa dan sangat relevan dengan keperluan semasa masyarakat. Beliau bercadang untuk mendaftarkan anak perempuan beliau di Showme International College pada masa hadapan.

Antara dif kehormat yang hadir di tapak Showme ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Encik Amir Mohd Noor, beliau sempat berbual-bual dengan petugas Showme, bertanya kursus yang ditawarkan dan mengucapkan penghargaan di atas penyertaan pihak Showme pada karnival kali ini. Memetik ucapan beliau semasa perasmian penutup karnival, beliau menyeru masyarakat untuk menggunakan peluang, kemudahan dan kepakaran sedia ada di mana-mana institusi pengajian dengan semaksimum mungkin agar dapat mencapai kualiti hidup lebih baik.

1

2

 

3

 

4

 

5

Showme@Pameran Kerjaya SMK Kerteh

July 08, 2012 By: admin Category: Karnival Pendidikan & Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah dijemput untuk memeriahkan Pameran Kerjaya SMK Kerteh seperti berikut:

Tarikh: 5hb Julai 2012 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: SMK Kerteh

 

2 orang pelajar daripada program Seni Kulinari, Tahap 1 iaitu Muhammad Ozir Bin Baba @ Nasir dan Noorfazila Binti Mohd Sofi turut menghadiri pameran untuk membuat demo masakan iaitu, canape dan smooties.

 

Pelajar-pelajar mengisi borang ahli kelab Showme

 

Terima kasih diucapkan kepada SMK Kerteh kerana telah menjemput kami untuk mengadakan pameran di sana dan semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan. InsyaAllah.

Showme @ Pameran Kerjaya SMK Kerteh

July 05, 2012 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bengkel Kerjaya Showme, Expo, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Tahun ini, sekali lagi team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan ke SMK Kerteh, Kemaman untuk mengambil bahagian dan menjayakan Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT SMK Kerteh 2012. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT

Tarikh: 5/7/2012 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: SMK Kerteh, Kemaman

Kepada adik-adik yang berada di sekitar daerah Kemaman, bolehlah sama-sama meluangkan masa untuk melawat tapak pameran kami di SMK Kerteh. Pelbagai informasi menarik akan dikongsikan bersama adik-adik.

Temuduga Terbuka : Program Penempatan Pekerjaan (3P)

March 21, 2011 By: admin Category: Karnival Pendidikan & Kerjaya No Comments →

Satu temuduga terbuka iaitu Program Penempatan Pekerjaan (3P) anjuran Jobs Malaysia Centre (JMC) Terengganu akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 & 27.3.2011 (Sabtu & Ahad))
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Terengganu Trade Centre (TTC), Padang Hiliran Kuala Terengganu

Kepada semua pelajar terutamanya pelajar di Semester 5 dan 6, anda semua dialu-alukan untuk hadir temuduga terbuka tersebut.

Selamat Maju Jaya!!!

Showme@Karnival Pendidikan MARA 2011

March 17, 2011 By: admin Category: Karnival Pendidikan & Kerjaya No Comments →

Karnival Pendidikan MARA 2011 Negeri Terengganu telah diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, Terengganu. Karnival ini telah diadakan pada 15hb Mac 2011 – 16hb Mac 2011 (Selasa – Rabu).

Perasmian karnival ini telah diadakan jam 10.00 pagi dan disempurnakan oleh Pengerusi MARA, YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh. Selain itu, YBrs Encik Abdullah Bin Muhamad, Pengarah MARA Negeri Terengganu turut memberikan kata-kata aluan pada majlis perasmian tersebut.

Penyerahan saguhati oleh YB Dato’ Seri Idris Bin Haji Jusoh kepada wakil Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MARA di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang karnival berlangsung. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tahun hadapan.

Selamat Tahun Baru 2011

January 01, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, Have Fun With SmartStudy, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Induksi, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, PP-PPD, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, Sure Showme 2010, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun baru ini memberikan kehidupan lebih baik kepada kita semua..

Have Fun With SmartStudy @ Showme

December 17, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Program SmartStudy Memory Skills kendalian Encik Osman Affan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang berlangsung di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 8.30 pagi tadi akan berakhir petang ini pada jam 5.30 petang.

Have Fun With SmartStudy guys!!!

Karnival Pendidikan & Kerjaya SMK Belara

May 03, 2010 By: admin Category: Karnival Pendidikan & Kerjaya No Comments →

SMK Belara telah mengadakan Karnival Pendidikan & Kerjaya pada 28hb, 29hb dan 30hb Januari 2010. Karnival ini bertempat di SMK Belara dan bermula pada jam 8.30 sehingga 5.30 petang.

YM Tengku Mohd Yusoff Bin Tengku Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah merasmikan Karnival tersebut.

YB Tengku Mohd Yusoff Bin Tengku Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu memberikan uapan sekaligus merasmikan Karnival Pendidikan & Kerjaya SMK Belara

Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menjemput beberapa agensi luar untuk membuat pameran pada karnival tersebut. Berikut merupakan antara agensi yang telah menjayakan Karnival Pendidikan & Kerjaya SMK Belara tersebut:

Agensi-agensi yang telah menjayakan Karnival Pendidikan & kerjaya SMK Belara

Pameran, jualan, permainan dan persembahan pentas juga turut diadakan pada hari Karnival tersebut.

Staf Showme menerangkan kursus-kursus yang disediakan di Institusi Kemahiran Showme

Salah seorang wakil Inforana menderma darah pada Karnival tersebut

Penutup telah dirasmikan oleh Tn Haji Mohd Nor Bin Othman

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Belara kerana telah menjemput kami pada Karnival Pendidikan & Kerjaya.