SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Pameran Kerjaya Sekolah’

Pameran Kerjaya SMK Cheneh Baru 2013

October 06, 2013 By: admin Category: Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ceneh Baru, Kemaman telah menganjurkan Pameran Kerjaya Sempena Karnival Pendidikan Kerjaya SMK Ceneh Baru Tahun 2013. Program serampang dua mata ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat awal tentang peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya yang berkaitan  dengan kursus yang diambil disamping Menjana sumber kewangan untuk projek menaiktaraf Bilik Kaunseling SMK Ceneh Baru. Dana diperolehi daripada sumbangan institusi yang menyertai Pameran Kerjaya ini.

Sekolah lain yang menyertai :

i.  SMK Ceneh Baru

•  Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Aliran Sains dan Kemanusiaan

•  Pelajar Tingkatan 6 Aliran Perniagaan, Ekonomi dan Sastera

 

ii. Sekolah-sekolah berdekatan yang dijemput :

•  SMK Seri Ceneh

•  SMK Neram

•  SMK Cherul.

Maklumat tempat dan waktu karnival diadakan adalah seperti berikut:

 

Program :  Pameran Kerjaya Sempena Karnival Pendidikan Kerjaya SMK                                     Ceneh Baru

Tarikh     :   26hb September 2013 (Khamis)

Masa       :   8.30 pagi – 1.00 t/hari

Tempat  :   Dewan Bestari, SMK Ceneh Baru, Kemaman, Terengganu

 

Objektif penglibatan Showme International College dalam program ini adalah seperti berikut:

1.Kolej

  • Kemasukan Intake 2014
  • Mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan di Showme International College
  • Membantu pelajar menengah, guru sekolah, guru kaunselor, pengunjung kaunter, dan pegawai-pegawai pendidikan yang berkaitan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Showme International College

2.Demonstrasi Kemahiran

  • Membuat demonstrasi kemahiran (Kumpulan Penjagaan Kanak-kanak       [Childcare]) dan Seni Kulinari

3.UPU Kemahiran

  • Mempromosi laman web UPU Kemahiran dari maklumat yang boleh           diperolehi dan cara penggunaan website

Berikut ialah gambar-gambar program;

1 2 3

Showme@Pameran Kerjaya SMK Kerteh

July 08, 2012 By: admin Category: Karnival Pendidikan & Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah dijemput untuk memeriahkan Pameran Kerjaya SMK Kerteh seperti berikut:

Tarikh: 5hb Julai 2012 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: SMK Kerteh

 

2 orang pelajar daripada program Seni Kulinari, Tahap 1 iaitu Muhammad Ozir Bin Baba @ Nasir dan Noorfazila Binti Mohd Sofi turut menghadiri pameran untuk membuat demo masakan iaitu, canape dan smooties.

 

Pelajar-pelajar mengisi borang ahli kelab Showme

 

Terima kasih diucapkan kepada SMK Kerteh kerana telah menjemput kami untuk mengadakan pameran di sana dan semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan. InsyaAllah.

Showme @ Pameran Kerjaya SMK Kerteh

July 05, 2012 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bengkel Kerjaya Showme, Expo, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Tahun ini, sekali lagi team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan ke SMK Kerteh, Kemaman untuk mengambil bahagian dan menjayakan Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT SMK Kerteh 2012. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT

Tarikh: 5/7/2012 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: SMK Kerteh, Kemaman

Kepada adik-adik yang berada di sekitar daerah Kemaman, bolehlah sama-sama meluangkan masa untuk melawat tapak pameran kami di SMK Kerteh. Pelbagai informasi menarik akan dikongsikan bersama adik-adik.

Pameran Kerjaya/Peluang Latihan Ke IPT SMK Kerteh 2011

July 03, 2011 By: admin Category: Pameran Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah, Showme Club No Comments →

Team Showme telah mengadakan pameran di SMK Kerteh seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya/Peluang Latihan Ke IPT SMK Kerteh

Tarikh: 30/6/2011 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: Perkarangan SMK Kerteh

 

Pameran tersebut telah dimeriahkan oleh 46 pempamer daripada agensi-agensi luar, Pusat-pusat Bertauliah, IPTA dan IPTS.

 

Antara pempamer yang terlibat

Pelajar-pelajar mengisi borang ahli kelab Showme

Cenderahati telah disampaikan oleh wakil daripada PPD Kemaman, En Abd Rahman Bin Kadir

 

Kami, wakil Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya pengetua SMK Kerteh, Pn Hajah Noraini Binti Hj Ya’acob dan Kaunselor SMK Kerteh, Puan Zubaidah Binti Haji Osman di atas jemputan untuk mengadakan pameran di SMK Kerteh tempoh hari.

Selamat Tahun Baru 2011

January 01, 2011 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, Have Fun With SmartStudy, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Induksi, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, PP-PPD, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, Sure Showme 2010, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun baru ini memberikan kehidupan lebih baik kepada kita semua..

Have Fun With SmartStudy @ Showme

December 17, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Program SmartStudy Memory Skills kendalian Encik Osman Affan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang berlangsung di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 8.30 pagi tadi akan berakhir petang ini pada jam 5.30 petang.

Have Fun With SmartStudy guys!!!

Showme @ SMK Kerteh

July 30, 2010 By: admin Category: Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

30hb Jun 2010, Rabu. Jam 9.15 pagi…

Team Showme kini berada di SMK Kerteh bersempena Hari Kokurikulum Kelab/Persatuan 2010. Hari Kokurikulum ini merupakan satu program yang dirancang khas di dalam takwim Unit Kokurikulum SMK Kerteh. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menghasilkan insan yang berketerampilan dan mantap dari semua aspek samada jasmani, emosi. rohani dan intelektual.

Team Showme akan berada di SMK Kerteh sepanjang program berlangsung pada hari ini. Kaunter pameran kami berada di kantin sekolah bersama kaunter daripada IPTA/IPTS/IPTK yang lain. Kami menyediakan pameran menarik yang dapat memberikan informasi kepada semua pengunjung terutamanya pelajar-pelajar.

Kepada semua yang berada di Kerteh, jom sama-sama memeriahkan Hari Kokurikulum SMK Kerteh bersama Showme. Jumpa anda di sana!!!

Pameran Kerjaya SMK Kerteh Peringkat Daerah Kemaman 2010

July 05, 2010 By: admin Category: Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah dijemput untuk mengadakan pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh. Pameran ini diadakan pada 30hb Jun 2010 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 3 petang dan bertempat di perkarangan SMK Kerteh.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat kami paparkan pada anda

Salah seorang staf memberikan penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan di Showme

Pelajar-pelajar mengisi borang-borang pra pendaftaran ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan borang pendaftaran ahli kelab Showme

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, Puan Hjh Noraini Binti Hj Ya’acob menyerahkan Sijil Penghargaan kepada salah seorang staf Showme

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Kerteh kerana telah menjemput kami ke pameran kerjaya tersebut.

Program Karnival Kokurikulum & Kerjaya G-'NSeS 2010

July 04, 2010 By: admin Category: Pameran Kerjaya Sekolah No Comments →

Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga telah menjemput Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ke satu program iaitu Program Karnival Kokurikulum & Kerjaya G-‘NSeS. Berikut merupakan maklumat mengenai program tersebut:

Program: Karnival Kokurikulum & Kerjaya G-‘NSeS 2010

Tarikh   : 1hb Julai 2010 – 3hb Julai 2010 ( Khamis – Sabtu )

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman, Terengganu

Antara aktiviti yang diadakan pada program karnival tersebut adalah pameran pendidikan, jualan dan permainan seperti boling tenpin, sepak takraw, tarik tali dan sebagainya.

Pelajar-pelajar SMK Geliga mengisi borang pendaftaran ahli kelab Showme

Kaunselor SMK Geliga, Puan Noraidah Kadir menyerahkan cenderahati kepada salah seorang staf Showme yang mengadakan pameran pada karnival tersebut

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga terutamanya kepada Puan Noraidah Kadir, Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga kerana telah menjemput kami ke karnival tersebut.