SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Koperasi Showme’

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme Terengganu Berhad

May 31, 2012 By: admin Category: Koperasi Showme No Comments →

Semalam telah berlangsungnya satu mesyuarat agung permulaan koperasi bagi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Nama koperasi yang dicadangkan adalah Koperasi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme Terengganu Berhad.

 

Berikut adalah maklumat berkenaan mesyuarat agung yang berjalan semalam:

Program: Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme Terengganu Berhad

Tarikh: 30hb Mei 2012 (Rabu)

Masa: 10.45 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

Pegawai: Puan Rokiah dan Puan Siti Dalila (Wakil daripada Suruhanajaya Koperasi Malaysia

 

Lebih 100 staf dan pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah menghadiri mesyuarat tersebut

 

Wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Puan Rokiah dan Puan Siti Dalila

Antara staf dan pelajar yang telah menghadiri mesyuarat

Pihak Showme mengucapkan terima kasih kepada wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, staf dan pelajar Showme kerana telah hadir dan melicinkan perjalanan mesyuarat agung permulaan koperasi.

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme Terengganu Berhad

May 30, 2012 By: admin Category: Koperasi Showme No Comments →

Staf-staf Institut Kemahiran Antarabangsa Showme diwajibkan menghadiri mesyuarat ini . Wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu akan turut hadir ke mesyuarat agung permulaan koperasi ini. Berikut merupakan maklumat berkenaan mesyuarat ini:

Tarikh: 30hb Mei 2012 (Rabu)

Masa: 10.30 pagi – 1.00 tengahari

Tempat: Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Tingkat 1, Wisma KOKITAB

 

Perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat

2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi

3. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi

4. Penerimaan Undang-undang Kecil koperasi

5. Pemilihan Lembaga

6. Menimbang dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Koperasi

7. Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota lembaga dan saraan yang dibayar kepada mana-mana anggota lembaga yang dilantik sebagai pengarah subsidiarinya.

8. i) Meluluskan pelantikan Suatu panel yang Tidak Kurang Daripada Dua Orang Juruaudit, yang Merupakan Juruaudit yang Diluluskan oleh Suruhanjaya atau Pegawai Suruhanjaya, Untuk Mengaudit Akaun Koperasi:-

a) Suruhanjaya Koperasi Malaysia

b) Firma Mohd Ali Abas & Co; atau

c) Firma Jalil & Co

ii) Anggaran Belanjawan Tahunan Koperasi

9. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi

 10.Menentukan had Maksimum Keterhutangan Koperasi

 

Diharap semua staf-staf dapat memberikan kerjasama bagi melicinkan lagi perjalanan mesyuarat agung ini.