Kursus Induksi PP-PPD-PPB
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme (IKAS) telah menganjurkan satu lagi Kursus Induksi PP-PPD-PPB. Kursus ini berlangsung selama 2 hari iaitu 13 dan 14/5/2011 di premis IKAS sendiri. Kursus ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Penceramah jemputan kali ini adalah Encik Pezol Ahmad Bin Yahya.
Berikut merupakan gambar-gambar yang dapat kami kongsikan bersama anda:
En Pezol Ahmad Bin Yahya daripada Unit Latihan & Konsultansi Kurikulum SLDN-Ciast
Antara peserta yang telah hadir pada kursus ini
Peserta-peserta menjawab soalan yang telah disediakan oleh pihak penceramah
Kami, sebagai penganjur Kursus Induksi PP-PPD-PPB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai kursus ini. Dan tidak lupa juga kepada penceramah jemputan, En Pezol Ahmad Bin Yahya kerana sudi memberikan ceramah pada hari tersebut. Kami mendoakan semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.





