SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Lapor Diri’

Intake Mac 2014

April 13, 2014 By: admin Category: Lapor Diri No Comments →

Pada 31 Mac 2014 (Isnin) satu pendaftaran pelajar bagi sesi Mac 2014 telah berlangsung di Showme International College.Sejumlah 5 orang pelajar telah berdaftar iaitu 2 orang bagi kursus Seni Kulinari, masing-masing seorang bagi Sistem Komputer, Pengurusan Korporat dan Penjagaan Kanak-kanak.

Gambar-gambar pendaftaran pelajar

1

6

2

4

5

3

Video Lapor Diri & Orientasi Pelajar Intake Jun 2012

July 19, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake Jun 2012, Lapor Diri, Pengurusan No Comments →

Orientasi Intake Jun 2012

June 28, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake Jun 2012, Pengurusan No Comments →

Pelajar-pelajar pengambilan Jun 2012 telah menjalani sesi orientasi seperti berikut:

Tarikh: 26hb Jun 2012 – 27hb Jun 2012 (Selasa-Rabu)

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Tingkat 1 & Tingkat 4, Wisma KOKITAB, Kuala Terengganu

 

Pelajar-pelajar telah diberikan kesempatan untuk saling berkenalan dan telah didedahkan dengan maklumat-maklumat berkenaan pembelajaran dan penajaan dan peraturan-peraturan sebagai pelajar Showme.Pelajar-pelajar turut bermain pelbagai permainan yang mana dapat meningkatkan keyakinan diri da sekaligus dapat membina dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.

 

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan untuk anda semua:

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dan wakil MPP serta staf yang terlibat dalam menjayakan orientasi ini.

Lapor Diri Intake Jun 2012

June 26, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake Jun 2012, Lapor Diri, Pengurusan No Comments →

Semalam telah berlangsung Hari Lapor Diri bagi pelajar-pelajar baru bagi kemasukan Jun 2012. Maklumat program adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 25hb Jun 2012 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

 

Pelajar-pelajar telah diminta untuk menyerahkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan.

 

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar kemasukan Jun 2012.

Pendaftaran Pelajar Intake Jun 2012

June 20, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake Julai 2011, Lapor Diri, Pengurusan No Comments →

Pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan Jun 2012 adalah seperti berikut:

Tarikh: 25hb Jun 2012 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

 

Pelajar-pelajar diminta untuk mengikut etika berpakaian semasa hari lapor diri tersebut. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai kami iaitu Cik Aida (013-9317525) atau Cik Mira (013-9097515) atau 09-6227525.

 

Terima kasih.

Pendaftaran Pelajar Baru – Mei 2012

May 28, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Lapor Diri No Comments →

Pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan Mei 2012 adalah seperti berikut:

Tarikh: 28hb Mei 2012 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

 Pelajar-pelajar diminta untuk mengikut etika berpakaian semasa hari lapor diri tersebut. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai kami iaitu Cik Aida (013-9317525) atau Cik Mira (013-9097515) atau 09-6227525.

Terima kasih.

Lapor Diri Intake April 2012

April 25, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Lapor Diri, Pengurusan No Comments →

Berikut merupakan maklumat lapor diri bagi pengambilan April 2012 (pengambilan kedua):

Tarikh: 25hb April 2012 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

 

Pelajar-pelajar telah diagih dan diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang-borang yang diperlukan oleh pihak institut.

 

 

Pihak Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga Showme kepada semua pelajar yang telah datang lapor diri.

Video Lapor Diri dan Orientasi Intake April 2012

April 19, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Lapor Diri, Orientasi No Comments →

Orientasi Pelajar Intake April 2012

April 17, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Orientasi No Comments →

17hb April 2012 (Selasa) merupakan hari pertama sesi orientasi bagi pelajar-pelajar kemasukan April 2012. Berikut merupakan maklumat mengenai sesi tersebut:

 

Tarikh: 17hb April 2012 – 18hb April 2012 (Selasa – Rabu)

Masa: 2.30 petang – 4.30 petang

Tempat: Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi orientasi tersebut adalah sesi ‘pecah ruyung’ iaitu sesi berkenalan sesama rakan-rakan baru dan membentuk nama kumpulan. Antara objektif melakukan aktiviti tersebut adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar-pelajar.

Sesi berkenalan sesama ahli kumpulan

Esok (18hb April 2012) merupakan hari kedua sesi orientasi. Pelajar-pelajar diminta untuk datang ke Showme pada jam 9.00 pagi. Anda diminta untuk berpakaian kemas dan mengikut etika pemakaian yang betul.

Lapor Diri Intake April 2012

April 17, 2012 By: admin Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Lapor Diri No Comments →

16hb April 2012 merupakan Hari Lapor Diri bagi kemasukan April 2012. Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut:

 

Tarikh : 16hb April 2012 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

 

Pelajar-pelajar serta ibubapa telah datang seawal jam 8.30 pagi lagi. Antara yang dijalankan pada hari tersebut adalah pengesahan lapor diri, pendaftaran asrama, penyemakan borang-borang pembiayaan dan penyemakan borang-borang institut serta penyerahan salinan-salinan dokumen.

Setelah selesai, pelajar-pelajar yang menduduki asrama telah dihantar ke bilik masing-masing.

 

Antara pelajar-pelajar baru yang datang untuk melapor diri

Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar yang telah melapor diri semalam. Selamat menjadi warga Showme dan kami mendoakan anda semua akan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah..