SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Intake Januari 2011’

Orientasi Intake Januari 2011

January 16, 2011 By: admin Category: Intake Januari 2011, Orientasi No Comments →

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar intake Januari 2011. Kami, pihak Institut Kemahiran Antarabangsa Showme amat berbesar hati kerana anda telah menjadi sebahagian daripada warga institusi. Jadi, bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar tersebut, pihak institusi telah mengadakan sesi orientas kepada mereka.

Pelajar-pelajar telah diberi peluang untuk berkenalan sesama mereka dan salah seorang daripada staf institusi telah membawa pelajar-pelajar baru ini untuk berkenalan denga staf-staf Showme. Pelajar-pelajar ini telah dibawa untuk berkenalan dengan jabatan akademik, jabatan pembiayaan, pendaftar, jabatan perunding pendidikan dan kerjaya, jabatan R&D dan tidak lupa juga kepada staf di jabatan tuisyen.

Pelajar-pelajar telah diminta untuk memperkenalkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka

Selain itu, pelajar-pelajar turut didedahkan dengan cara pembelajaran di institusi kemahiran iaitu, sistem CGPA, Knowledge Assessment, Performance Assessment, cara penggunaan punch card pelajar serta peraturan-peraturan di Showme.

Puan Aida Liza, Penolong Ketua Akademik memberikan penerangan mengenai sistem pembelajaran di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme kepada pelajar-pelajar

Pelajar-pelajar juga turut diberi pelbagai permainan yang menarik di mana dapat meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar, mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar dan juga dapat meningkatkan kreativiti pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar turut diberikan permainan ‘Misteri Sebuah Lukisan’ di mana mereka akan diberikan satu gambaran berkenaan satu lukisan dan mereka diminta untuk melukiskan kembali gambaran tersebut.

Pelajar-pelajar turut diberikan satu penerangan berkenaan dengan Jaminan Pekerjaan yang diberikan oleh Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Pelajar-pelajar diminta untuk mengisi dan melengkapkan Borang Jaminan Pekerjaan

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme turut memberikan hadiah pendaftaran kepada pelajar yang telah membuat pendaftaran. Hadiah pendaftaran adalah merupakan pendrive dan CD Tutorial Asas Komputer dalam Bahasa Melayu. Hadiah-hadiah ini berbeza mengikut tarikh pendaftaran. Sekiranya pelajar berdaftar awal, pelajar akan mendapat pendrive 8GB manakala yang berdaftar lambat akan mendapat pendrive 4GB atau 2GB.

Puan Zurina Salleh, Pendaftar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang memuat pendaftaran awal

Sekali lagi, kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang baru Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Hari Lapor Pelajar Intake Januari 2011

January 11, 2011 By: admin Category: HEP, Intake Januari 2011, Lapor Diri No Comments →

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk intake Januari 2011 telah diminta untuk melapor diri seperti berikut:

Tarikh: 10/1/2011 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Ting 1, Wisma KOKITAB, Jln Sul Ismail, 20200 K.Trg

Beberapa orang staf Institut Kemahiran Antarabangsa Showme sedang membuat pemeriksaan borang-borang tajaan dan borang-borang maklumat pelajar

Kami, pihak Institusi mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar yang telah menjadi warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.