Majlis Makan Tengahari Showme
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah mengadakan satu majlis makan tengahari seperti berikut:
Program: Majlis Makan Tengahari
Tempat: Ibai Golf
Tarikh: 25/7/2011 (Isnin)
Masa: 12.00 tengahari – 1.30 petang
Antara yang turut hadir adalah Pengerusi IKAS iaitu YM Syed Mohamed Bin Abdullah dan isteri. Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Redzuan Abd Aziz telah memberi ucapan alu-aluan dan memberi kata-kata semangat kepada kakitangan Showme bagi memaju dan memantapkan lagi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat kami kongsikan bersama anda:
Pembuka kata daripada Puan Zurina, Eksekutif Sumber Manusia IKAS
Ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif IKAS, Tn Hj Redzuan Bin Abd Aziz
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya kepada pihak pengurusan di atas majlis makan tengahari ini. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kakitangan IKAS.





