SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Penarafan Bintang 2013’

Penarafan Bintang 2013

September 03, 2013 By: admin Category: Penarafan Bintang 2013 No Comments →

Program Penarafan Bintang 2013 : Showme ke arah Pusat Bertauliah terunggul

Kuala Terengganu 28 Julai (Rabu) – Empat orang Wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), iaitu Puan Siti Fauziah Junaidi (JPK Cyberjaya), Puan Faridah Bt Shafiai (JPK Putrajaya), Encik Azhar Mohd Azmi (JPK Wilayah Timur) dan Encik Zainuddin Mat Yunus (JPK Cyberjaya) telah berkunjung ke Showme International College pada 28 Ogos 2013 (Rabu) untuk proses Penarafan Bintang Tahun 2013.

Pihak pengurusan Showme diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Bahagian Akdemik, Puan Salina Bt Abdul Rahman, Puan Aida Liana Bt Husin, Cik Siti Esah Bt Sidik, Encik Mohammad Hasram B. Ramli, dan Pegawai Operasi, Encik Kamarulazwan B. Kamarudin.

Antara perkara yang berlangsung dalam program penarafan bintang ini ialah semakan dokumen penarafan bintang  bertempat di Bilik Mesyuarat Showme International College dan lawatan sekitar Showme International College di Tingkat 1 dan 4 Wisma KOKITAB Kuala Terengganu.

Program berakhir  sekitar jam 5.00 petang. Pihak Showme International College merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JPK dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Penarafan Bintang Bagi Tahun 2013.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

1

2