Archive for the ‘HEA’
Selamat Maju Jaya
Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir yang bermula pada 19hb Disember 2011 ini. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.
Peringatan: Semua pelajar diingatkan membawa bersama kad pengenalan dan kad matrik masing-masing semasa peperiksaan akhir berjalan. Sebarang masalah atau kesulitan sila berhubung terus dengan Ketua Akademik di bahagian HEA.
Peringatan Peperiksaan Akhir Diploma Kemahiran Malaysia
Kepada semua pelajar Semester 6 (Kelas MOZILLA, VISTA dan GFORCE) dan pelajar Tahap 3 (Kelas LUNAR dan ULTEO), Unit Peperiksaan ingin mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 18 September SEHINGGA 20 September 2011 (ISNIN – SELASA). Sila rujuk pada Notis yang ditampal di papan kenyataan untuk maklumat lanjut.
Semua pelajar hendaklah memastikan kesemua dokumen telah dilengkapkan dan PP telah menandatangani semua penilaian terutama RPK masing-masing. Sila pastikan juga Kad Matrik dan Kad Pengenalan dibawa bersama semasa peperiksaan berlangsung.
Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan dan pengemaskinian portfolio untuk dinilai oleh PPL.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.
Showme@Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Terengganu telah menganjurkan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semua pelajar dan wakil kakitangan Showme telah menghadiri dan mengikuti program yang diadakan selama 2 jam ini.
Program ini telah diadakan di Surau Saiyyed Saqqaf, bersebelahan dengan Showme dan ceramah telah dikendalikan oleh Ustaz Khasmizan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.
Program bermula dengan Solat Zohor secara berjemaah di surau dan disusuli dengan ceramah oleUstaz Khasmizan. Berikut merupakan maklumat berkenaan program:
Program: Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan
Tarikh: 3/8/2011 (Rabu)
Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang
Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu
Penceramah: Ustaz Khasmizan Bin Abdullah (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu)
Penceramah jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Ustaz Khamizan Bin Abdullah (Penolong Pegwai Syariah))
Antara pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah sempena kedatangan ramadhan
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menghadiri program yang telah diadakan ini. Diharap semua pelajar dan peserta mendapat manfaat dan pengajaran dari ceramah yang diberikan. Diharapkan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
TEMUDUGA BAGI KEMASUKAN SESI SEPTEMBER 2011
Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA semester 1 kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.
2. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi Sesi September 2011, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:
TARIKH : 7HB OGOS 2011 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : TING. 1 WISMA KOKITAB, JLN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:
a. Salinan dokumen yang lengkap:
Sekeping gambar berukuran pasport, Slip keputusan SPM, Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga, Sijil Kelahiran Pelajar, Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Ko-Kurikulum (Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)
b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar
c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga
4. Sila layari laman web kami di http://www.showme.com.my/temuduga atau hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm109b@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
Larian Mesra Kecergasan
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah menyertai satu program iaitu ‘Larian Mesra Kecergasan’ pada 16hb Julai 2011 (Sabtu) anjuran Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya. Larian ini telah diadakan seawal jam 7,30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari bermula di Pusat Kegiatan Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya.
Senaman memanaskan badan sebelum memulakan larian
Larian bermula dan berakhir di Pusat Kegiatan Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya
Kami, wakil daripada Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gerakan Belia 4B diatas jemputan menyertai program ini dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan larian mesra kecergasan ini.
Peringatan Peperiksaan Akhir
Kepada semua pelajar kelas TRILLIANT & GENTOO serta pelajar yang akan menduduki peperiksaan ulangan iaitu kelas SOLARIS, PANDORA & JNODE Unit Peperiksaan ingin mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 4HB SEHINGGA 7HB JULAI 2011 (ISNIN – KHAMIS). Sila rujuk pada Lampiran yang disediakan.
Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan portfolio untuk dinilai oleh PPL.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.
Pendaftaran Pelajar Intake Julai 2011 bagi Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia
Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/Tahap 2 di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.
Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Sijil Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi Sesi Julai 2011, dimana program ini adalah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dan dikawalselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 16hb Jun 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 3 petang
Tempat : Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Tingkat 1 Wisma Kokitab, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:
- Diwajibkan hadir bersama ibubapa/penjaga
- Pra-Pendaftaran minimum RM375.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
- Program yang ditawarkan adalah bersadarkan kepada kelayakan pelajar
- Salinan dokumen yang lengkap
a. Sekeping gambar berukuran pasport
b. Kad pengenalan pelajar, ibubapa/penjaga dan salinan yang telah disahkan
c. Slip keputusan SPM dan salinan yang telah disahkan
d. Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Ko-Kurikulum dan salinan yang telah disahkan
Hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm107@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
Selamat Hari Guru
Gelaran guru tidak terhad kepada sesiapa. Walaupun panggilan yang digunakan berbeza seperti guru, cikgu, ustaz, ustazah, sir, teacher, miss, mrs., mr., cik, puan, encik dan sebagainya namun sesiapa yang mendidik kita tidak kira sama ada secara formal atau tidak formal, berbayar atau tidak, di kolej, di sekolah, di masjid, di pusat tuisyen, mahupun di rumah kita sendiri, mereka ini yang telah mendidik kita wajar digelar guru.
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pensyarah di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Terima kasih yang tidak terhingga untuk jasa, bakti dan ilmu yang dicurahkan oleh semua pensyarah dalam membentuk pelajar Showme dulu, kini dan selamanya.
PERHATIAN : Pengambilan Portfolio Graduan Tamat Pengajian
Perhatian:
Kepada pelajar lepasan SKM/DKM bagi sesi 2004 hingga sesi 2010
Disini dimaklumkan bahawa tempoh pengambilan portfolio bagi pelajar yang telah tamat pengajian SKM/DKM, adalah seperti berikut:
Tarikh : 15hb Mei – 9hb Jun 2011
Jam : 9.00 pagi – 3.00 petang
Hari : Ahad – Khamis
*Peringatan : Portfolio tersebut akan dilupuskan sekiranya pelajar tidak mengambil dalam masa yang ditetapkan.
Sekian, harap maklum.
Jabatan Hal Ehwal Akademik










