Archive for the ‘HEP’
TAWARAN BIASISWA KEMASUKAN KE PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI BAGI KEMASUKAN SESI JANUARI 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti Program Persediaan ke Universiti di bawah program persijilan kemahiran Malaysia. Calon yang lulus program akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:
| INSTITUSI | INSTITUT KEMAHIRAN ANTARABANGSA SHOWME
(SHOWME INTERNATIONAL SKILL INSTITUTE) |
| PROGRAM DITAWARKAN | PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI |
| *SUBJEK | 1. ENGLISH COMMUNICATION 2. HOSPITALITY & TOURISM(Cooking, Food & Beverages, Housekeeping, Front Office) 3. INFORMATION TECHNOLOGY(PC Maintenance, Handphone Maintenance) |
| TEMPAT | TINGKAT 1 & 4 WISMA KOKITAB, JALAN SULTAN ISMAIL, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU |
| TEMPOH | 6 BULAN (1 SEMESTER)
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 1/2** |
| PEMBIAYAAN | BIASISWA*** |
| Nota: * Tertakluk kepada terma dan syarat
** Kepada yang lulus sahaja *** Tertakluk kepada kursus dan syarat badan penaja biasiswa |
|
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki mendaftar sebelum atau selewat-lewatnya pada 22hb Januari 2012 dengan membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM750.00 ATAU Pengesahan Penerimaan Tawaran sebanyak RM375.00 atas nama SHOWME LEARNING CENTRE SDN BHD melalui:-
- Akaun Maybank – 5630 6410 4435 (Hubungi kami & simpan slip pembayaran untuk pengesahan) ATAU
- Wang pos (Pos ke alamat kami) ATAU
- Datang ke pejabat kami untuk urusan pendaftaran
3. Sila hubungi kami di talian 09–6227525/ 6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/EN AMIR) atau email ke spm1101@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
4. Dapatkan diskaun yuran pendaftaran RM50.00 dengan membawa rakan anda mendaftar.
Sekian, terima kasih.
Selamat Maju Jaya
Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir yang bermula pada 19hb Disember 2011 ini. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.
Peringatan: Semua pelajar diingatkan membawa bersama kad pengenalan dan kad matrik masing-masing semasa peperiksaan akhir berjalan. Sebarang masalah atau kesulitan sila berhubung terus dengan Ketua Akademik di bahagian HEA.
Temuduga Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia Pengambilan Oktober 2010
Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA semester 1 kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.
2. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Diploma Kemahiran Malaysia, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:
TARIKH : 25HB SEPTEMBER 2011 AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : INSTITUT KEMAHIRAN ANTARABANGSA SHOWME, TINGKAT 1, WISMA KOKITAB
3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:
a. Salinan dokumen yang lengkap:
i. Sekeping gambar berukuran pasport
ii. Slip keputusan SPM
iii. Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga
iv. Sijil Kelahiran Pelajar
v. Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga
vi. Sijil Berhenti Sekolah
vii. Sijil Ko-Kurikulum
(Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)
b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar
c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga
4. Sila hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm109b@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
Temuduga Biasiswa di Tawau, Sabah
Kami sekarang berada di Tawau, Sabah. Kami berada di sini bagi menjalankan Temuduga Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar yang berjaya terpilih ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.
Kepada semua pelajar di Tawau dan berdekatan, anda boleh hadir ke temuduga kami dengan membawa salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan SPM anda.
Maklumat lanjut temuduga biasiswa kami adalah seperti berikut:
Tarikh : 18hb September 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, May Blossom (MB) Hotel, Tawau, Sabah (Bersebelahan Masjid Lama Tawau)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan kami yang berada di sana Cik Aida/Cik Mira di talian 013-9317525.
Sekian terima kasih dan harap maklum.
Temuduga Biasiswa Pengambilan Oktober 2011 @ Sabah
Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA semester 1 kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.
2. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Diploma Kemahiran Malaysia, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:
TARIKH : 18HB SEPTEMBER 2011 AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK SEMINAR HOTEL MAY BLOSSOM, TAWAU, SABAH
A . T . A . U
TARIKH : 19HB SEPTEMBER 2011 (ISNIN)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK HIKMAH, WISMA MUIS, KOTA KINABALU, SABAH
3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:
a. Salinan dokumen yang lengkap:
i. Sekeping gambar berukuran pasport
ii. Slip keputusan SPM
iii. Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga
iv. Sijil Kelahiran Pelajar
v. Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga
vi. Sijil Berhenti Sekolah
vii. Sijil Ko-Kurikulum
(Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)
b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar
c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga
4. Sila hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm109b@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
Peringatan Peperiksaan Akhir Diploma Kemahiran Malaysia
Kepada semua pelajar Semester 6 (Kelas MOZILLA, VISTA dan GFORCE) dan pelajar Tahap 3 (Kelas LUNAR dan ULTEO), Unit Peperiksaan ingin mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 18 September SEHINGGA 20 September 2011 (ISNIN – SELASA). Sila rujuk pada Notis yang ditampal di papan kenyataan untuk maklumat lanjut.
Semua pelajar hendaklah memastikan kesemua dokumen telah dilengkapkan dan PP telah menandatangani semua penilaian terutama RPK masing-masing. Sila pastikan juga Kad Matrik dan Kad Pengenalan dibawa bersama semasa peperiksaan berlangsung.
Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan dan pengemaskinian portfolio untuk dinilai oleh PPL.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.
Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih
Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih. Majlis ini diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme pada 23hb Ogos 2011 (Selasa). Semua pelajar dan staf Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
Showme@Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Terengganu telah menganjurkan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semua pelajar dan wakil kakitangan Showme telah menghadiri dan mengikuti program yang diadakan selama 2 jam ini.
Program ini telah diadakan di Surau Saiyyed Saqqaf, bersebelahan dengan Showme dan ceramah telah dikendalikan oleh Ustaz Khasmizan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.
Program bermula dengan Solat Zohor secara berjemaah di surau dan disusuli dengan ceramah oleUstaz Khasmizan. Berikut merupakan maklumat berkenaan program:
Program: Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan
Tarikh: 3/8/2011 (Rabu)
Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang
Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu
Penceramah: Ustaz Khasmizan Bin Abdullah (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu)
Penceramah jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Ustaz Khamizan Bin Abdullah (Penolong Pegwai Syariah))
Antara pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah sempena kedatangan ramadhan
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menghadiri program yang telah diadakan ini. Diharap semua pelajar dan peserta mendapat manfaat dan pengajaran dari ceramah yang diberikan. Diharapkan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
TEMUDUGA BAGI KEMASUKAN SESI SEPTEMBER 2011
Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA semester 1 kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.
2. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi Sesi September 2011, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:
TARIKH : 7HB OGOS 2011 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 3.00 PETANG
TEMPAT : TING. 1 WISMA KOKITAB, JLN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:
a. Salinan dokumen yang lengkap:
Sekeping gambar berukuran pasport, Slip keputusan SPM, Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga, Sijil Kelahiran Pelajar, Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Ko-Kurikulum (Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)
b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar
c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga
4. Sila layari laman web kami di http://www.showme.com.my/temuduga atau hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm109b@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.






