SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for the ‘HEP’

Peringatan Peperiksaan Akhir Diploma Kemahiran Malaysia

September 11, 2011 By: admin Category: HEA, HEP, Projek Akhir No Comments →

Kepada semua pelajar Semester 6 (Kelas MOZILLA, VISTA dan GFORCE) dan pelajar Tahap 3 (Kelas LUNAR dan ULTEO), Unit Peperiksaan ingin  mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 18 September SEHINGGA 20 September 2011 (ISNIN – SELASA). Sila rujuk pada Notis yang ditampal di papan kenyataan untuk maklumat lanjut.

Semua pelajar hendaklah memastikan kesemua dokumen telah dilengkapkan dan PP telah menandatangani semua penilaian terutama RPK masing-masing. Sila pastikan juga Kad Matrik dan Kad Pengenalan dibawa bersama semasa peperiksaan berlangsung.

Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan dan pengemaskinian portfolio untuk dinilai oleh PPL.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih

August 22, 2011 By: admin Category: HEP, Majlis Berbuka Puasa, MPP 2011, Pengurusan, Solat Terawih No Comments →


Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih. Majlis ini diadakan di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme pada 23hb Ogos 2011 (Selasa). Semua pelajar dan staf Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme@Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

August 04, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, Ceramah Agama, HEA, HEP, Pengurusan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Terengganu telah menganjurkan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.  Semua pelajar dan wakil kakitangan Showme telah menghadiri dan mengikuti program yang diadakan selama 2 jam ini.

Program ini telah diadakan di Surau Saiyyed Saqqaf, bersebelahan dengan Showme dan ceramah telah dikendalikan oleh Ustaz Khasmizan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

Program bermula dengan Solat Zohor secara berjemaah di surau dan disusuli dengan ceramah oleUstaz Khasmizan. Berikut merupakan maklumat berkenaan program:

Program: Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Tarikh: 3/8/2011 (Rabu)

Masa: 1.00 tengahari – 3.00 petang

Tempat: Surau Saiyyed Saqqaf, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Penceramah: Ustaz Khasmizan Bin Abdullah (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu)

Penceramah jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Ustaz Khamizan Bin Abdullah (Penolong Pegwai Syariah))

Antara pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah sempena kedatangan ramadhan

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menghadiri program yang telah diadakan ini. Diharap semua pelajar dan peserta mendapat manfaat dan pengajaran dari ceramah yang diberikan. Diharapkan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

TEMUDUGA BAGI KEMASUKAN SESI SEPTEMBER 2011

July 19, 2011 By: admin Category: HEA, HEP No Comments →

Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA semester 1 kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.

2.         Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi Sesi September 2011, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:

 

TARIKH   :   7HB OGOS 2011 (AHAD)

MASA     :   9.00 PAGI – 3.00 PETANG

TEMPAT :  TING.  1 WISMA KOKITAB, JLN SULTAN ISMAIL

20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

3.         Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:

a. Salinan dokumen yang lengkap:

Sekeping gambar berukuran pasport, Slip keputusan SPM, Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga, Sijil Kelahiran Pelajar, Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Ko-Kurikulum (Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)

b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar

c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)

d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga

4.         Sila layari laman web kami di http://www.showme.com.my/temuduga atau hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm109b@showme.com.my untuk maklumat lanjut.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Larian Mesra Kecergasan

July 17, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Belia 4B, HEA, HEP, Pengurusan No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah menyertai  satu program iaitu ‘Larian Mesra Kecergasan’ pada 16hb Julai 2011 (Sabtu) anjuran Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya. Larian ini telah diadakan seawal jam 7,30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari bermula di Pusat Kegiatan Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya.

Senaman memanaskan badan sebelum memulakan larian

Larian bermula dan berakhir di Pusat Kegiatan Gerakan Belia 4B Taman Permint Jaya

 

Kami, wakil daripada Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Gerakan Belia 4B diatas jemputan menyertai program ini dan tahniah  kepada semua yang telah menjayakan larian mesra kecergasan ini.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Hari Lapor Diri Sesi Julai 2011

July 11, 2011 By: admin Category: HEP, Intake Julai 2011, Intake Julai 2011, Lapor Diri, Pengurusan, Tawaran Biasiswa No Comments →

Tahniah dan syabas!!!

Kami mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru sesi Pengambilan Julai 2011 ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Kami mendoakan agar semua pelajar akan berjaya bersama kami di Showme.

 


 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peringatan Peperiksaan Akhir

June 21, 2011 By: admin Category: HEA, HEP No Comments →

Kepada semua pelajar kelas TRILLIANT & GENTOO serta pelajar yang akan menduduki peperiksaan ulangan iaitu kelas SOLARIS, PANDORA & JNODE Unit Peperiksaan ingin  mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 4HB SEHINGGA 7HB JULAI 2011 (ISNIN – KHAMIS). Sila rujuk pada Lampiran yang disediakan.

Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan portfolio untuk dinilai oleh PPL.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peperiksaan Akhir DKM Sem 1 – Kelas Nexus

June 18, 2011 By: admin Category: HEP No Comments →

Makluman kepada semua pelajar Sem 1 Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali akan bermula pada 20hb Jun 2011. Semua pelajar yang terlibat diminta merujuk jadual Peperiksaan Akhir bagi melancarkan dan memudahkan segala urusan Minggu peperiksaan Akhir di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Semua pelajar diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hadir untuk menduduki Peperiksaan Akhir iaitu:

  1. Kad Pengenalan
  2. Kad Matrikulasi

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]

Pihak Pengurusan ingin mengucapkan semoga Semua Pelajar berjaya dalam menghadapi Peperiksaan Akhir sesi ini.

Sekian, terima kasih.
KETUA HAL EHWAL AKADEMIK

Rating 3.00 out of 5
[?]

Pendaftaran Pelajar Intake Julai 2011 bagi Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia

June 15, 2011 By: admin Category: HEA, HEP, Intake Julai 2011, Tawaran Biasiswa No Comments →

Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/Tahap 2 di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Sijil Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi Sesi Julai 2011, dimana program ini adalah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dan dikawalselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 16hb Jun 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 3 petang
Tempat : Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Tingkat 1 Wisma Kokitab, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:

  1. Diwajibkan hadir bersama ibubapa/penjaga
  2. Pra-Pendaftaran minimum RM375.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
  3. Program yang ditawarkan adalah bersadarkan kepada kelayakan pelajar
  4. Salinan dokumen yang lengkap

a. Sekeping gambar berukuran pasport

b. Kad pengenalan pelajar, ibubapa/penjaga dan salinan yang telah disahkan
c. Slip keputusan SPM dan salinan yang telah disahkan
d. Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Ko-Kurikulum dan salinan yang telah disahkan

Hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm107@showme.com.my untuk maklumat lanjut.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Program Titian Kasih 1 Malaysia

June 13, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, HEP, Showme Club No Comments →

Pada 9hb Jun 2011 (Khamis) hingga 11hb Jun 2011 (Sabtu) yang lalu, seramai 14 orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah terpilih bagi menyertai Program Titian Kasih 1 Malaysia bersama Pewaris Muda Jabatan Penerangan Negeri Terengganu. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang berbentuk anak angkat ini diadakan di Felda Belara, Kuala Terengganu.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan kepada belia mengenai isu-isu semasa samada di peringkat nasional atau di peringkat negeri. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar dan keluarga angkat mereka sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah gotong-royong, sukaneka, Latihan Dalam Kumpulan, dan persembahan kumpulan.

Selain aktiviti berbentuk fizikal, aktiviti berbentuk rohani juga diadakan. Beberapa sesi ceramah telah diadakan iaitu Ceramah Gejala Sosial Di Kalangan Belia oleh wakil dari PDRM Terengganu, Ceramah Kemantapan Belia Melahirkan Modal Insan Cemerlang oleh Penasihat Agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu dan Ceramah 1Malaysia Berteraskan Rukun Negara oleh Jabatan Penerangan Terengganu.

Acara Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hajah Azizah Binti Awang, Pengarah Penerangan Terengganu dan diiringi oleh YBhg Tuan Haji Faizuoll Bin Ahmad, Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda Malaysia.

Walaupun masa yang terhad sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, kesemua pelajar Showme yang terlibat sangat seronok dan berpuas hati. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini dapat membantu semua pelajar Showme menjadi warga Malaysia yang berguna.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1