SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Pertandingan Kemahiran’

Majlis Penyampaian Hadiah Showme SkillsMalaysia Competition 2013

July 24, 2013 By: admin Category: Pertandingan Kemahiran No Comments →

Banner Showme Skills Competition penyampaian hadiah 4 x10

Dalam usaha untuk mengubah persepsi golongan pelajar bahawa latihan kemahiran bukan kelas kedua, Showme International College buat julung kalinya menganjurkan pertandingan kemahiran Showme Skills Malaysia Competition 2013, baru-baru ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Showme International College, Haji Redzuan Abd Aziz berkata, pertandingan kemahiran sedemikian diharap membuka mata masyarakat dan menukar persepsi negatif bahawa latihan kemahiran kini berdiri sama tinggi dalam aliran akademik.

“Ia merupakan salah satu pendedahan awal kepada golongan pelajar sekolah menengah mengenai bidang pendidikan berasaskan kemahiran dan boleh dijadikan pilihan selepas menduduki peperiksaan SPM,”ujarnya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi & Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib berkata, pertandingan berkenaan secara tidak langsung berupaya menanam minat pelajar sekolah khususnya pelajar tingkatan 5 tentang latihan kemahiran.

“Berbekalkan kemahiran asas mengenai sesuatu bidang yang dimiliki seseorang individu samada perempuan mahupun lelaki, merupakan satu kelebihan kepada mereka berbanding pelajar lain dan mampu menjanjikan bidang kerjaya yang lumayan suatu hari nanti.

“Contohnya, menerusi pertandingan sebegini, ia berupaya membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk memahirkan lagi kemahiran yang dimiliki seperti bidang masakan, penjagaan kanak-kanak, ICT dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Showme Skills Malaysia Competition 2013 di Hotel Permai Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, dalam masa yang sama, pertandingan sedemikian juga dapat menarik minat pelajar-pelajar lain untuk menceburi bidang kemahiran terutamanya selepas menamatkan persekolahan nanti.

Pada pertandingan tersebut, 15 buah sekolah menengah dari seluruh Negeri Terengganu menyertai pertandingan bagi merebut piala pusingan dan hadiah yang lumayan dalam kategori yang dipertandingkan iaitu, ICT, Seni Kulinari dan Penjagaan Kanak-kanak.

Juara kategori ICT dimenangi oleh Muhammad Amirul Amin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, manakala kategori Seni Kulinari pula dimenangi oleh Fatimah Az-Zahra Aziz dan Siti Nor Nabilla Mohd Samsuri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.

Kategori Penjagaan Kanak-kanak dimenangi oleh Sharifah Nur Zahira Ilyana dan Nurul Najwa Zafirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara.

Setiap pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, baucer berbuka puasa dan penginapan bernilai RM4400 bagi tempat pertama, RM735 bagi tempat kedua dan RM440 bagi pemenang ketiga.

Pasangan Fatimah Az-Zahra Aziz,17, dan Siti Nor Nabilla Mohd Samsuri,17, dari Sekolah Menengah padang Midin berkata, hidangan ‘Fried Chicken Mushrooms Sause’ telah berjaya menambat hati juri dan melayakkan mereka bergelar juara bagi kategori seni kulinari.

“Kami sangat gembira kerana dengan kemenangan ini dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT) iaitu Cikgu Latifah Salleh yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar,” ujar dua pelajar tersebut.

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung;
1
2