SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Program Usahawan Showme’

Program Usahawan Showme 2012

June 21, 2012 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Program Usahawan Showme No Comments →

Satu Program Usahawan Showme 2012 akan diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada pelajar untuk memulakan dan menguruskan perniagaan serta membantu memberikan peluang kerjaya kepada para pelajar. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh      :   26hb Jun 2012 (Selasa)

Masa          :   9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme Tingkat 1, Wisma Kokitab.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk membuka booth jualan boleh berurusan terus dengan Cik Salina Suman dan Cik Maslina Ghazali di Bilik Pensyarah. Booth jualan dan barang jualan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjuran.

Selain daripada itu, satu(1) Sesi Dialog Bersama Bekas Pelajar juga akan diadakan pada hari tersebut. Pelajar-pelajar berpeluang untuk bertanya dan berkongsi pengalaman mereka semasa belajar dan setelah tamat belajar.

Semua pelajar diwajibkan hadir bagi memeriahkan dan memastikan program berjalan lancar.