SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for the ‘Showme Club’

Open Day Showme 2012

January 22, 2012 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Pertandingan Mewarna, Showme Club, SmartStudy, Sure Showme No Comments →

Bersempena dengan pembukaan Tahun 2012, pihak pengurusan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan Pusat Tuisyen Cikgu SmartStudy telah mengadakan satu program hari terbuka dan hari keluarga iaitu Open Day Showme 2012 pada 21hb Januari 2012, Sabtu.

Open Day Showme 2012 bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 4.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari seperti Kempen Derma Darah, Pertandingan Mewarna, Bengkel Teknik Belajar SmartStudy, Demo Masakan, Demo Mewarna Batik, Demo Pemasangan Komputer, Demo Penyelenggaraan Handphone dan banyak lagi.

Berikut adalah gambaryang diabadikan sepanjang program berlangsung.

    

   

     

    

    

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke Open Day Showme 2012. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan! :D

 

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Temuduga Biasiswa di Tawau, Sabah

September 18, 2011 By: admin Category: HEP, Showme Club, Temuduga Biasiswa, Uncategorized No Comments →

Kami sekarang berada di Tawau, Sabah. Kami berada di sini bagi menjalankan Temuduga Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar yang berjaya terpilih ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Kepada semua pelajar di Tawau dan berdekatan, anda boleh hadir ke temuduga kami dengan membawa salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan SPM anda.

Maklumat lanjut temuduga biasiswa kami adalah seperti berikut:

Tarikh : 18hb September 2011 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, May Blossom (MB) Hotel, Tawau, Sabah (Bersebelahan Masjid Lama Tawau)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan kami yang berada di sana Cik Aida/Cik Mira di talian 013-9317525.

Sekian terima kasih dan harap maklum.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sure Showme 2011

July 10, 2011 By: admin Category: Showme Club, Sure Showme No Comments →

Sehingga Jun 2011, Showme telah berjaya mengadakan Program Sure Showme di sekolah-sekolah menengah sekitar Negeri Terengganu. Program yang dijalankan adalah Program Sure Showme Siri 1 iaitu Bengkel Memasang & Membaikpulih Komputer dan Program Sure Showme Siri 2 iaitu Bengkel Memasang & Membaikpulih Handphone.

Team Showme mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program Sure Showme di sekolah-sekolah

Diharap program yang dijalankan di sekolah seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Bengkel Memasang & Membaikpulih Handphone dan Komputer di SMK Ajil, Ajil, Terengganu

Team Showme turut ke SMK Bukit Besar untuk mengadakan program Sure Showme Siri 1 dan 2 secara percuma

Program Sure Showme Siri 1 dan 2 semasa di SMK Chung Hwa Wei Sin

Team Showme ke SMK Kompleks Seberang Takir untuk Sure Showme siri 1

Program Sure Showme Siri 1 dan 2 di SMK Panji Alam

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Pameran Kerjaya/Peluang Latihan Ke IPT SMK Kerteh 2011

July 03, 2011 By: admin Category: Pameran Kerjaya, Pameran Kerjaya Sekolah, Showme Club No Comments →

Team Showme telah mengadakan pameran di SMK Kerteh seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya/Peluang Latihan Ke IPT SMK Kerteh

Tarikh: 30/6/2011 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: Perkarangan SMK Kerteh

 

Pameran tersebut telah dimeriahkan oleh 46 pempamer daripada agensi-agensi luar, Pusat-pusat Bertauliah, IPTA dan IPTS.

 

Antara pempamer yang terlibat

Pelajar-pelajar mengisi borang ahli kelab Showme

Cenderahati telah disampaikan oleh wakil daripada PPD Kemaman, En Abd Rahman Bin Kadir

 

Kami, wakil Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya pengetua SMK Kerteh, Pn Hajah Noraini Binti Hj Ya’acob dan Kaunselor SMK Kerteh, Puan Zubaidah Binti Haji Osman di atas jemputan untuk mengadakan pameran di SMK Kerteh tempoh hari.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ SMK Kerteh

June 29, 2011 By: admin Category: Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Pameran Kerjaya, Showme Club No Comments →

Tahun ini, sekali lagi team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan ke SMK Kerteh, Kemaman untuk mengambil bahagian dan menjayakan Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT SMK Kerteh 2011. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Pameran Kerjaya Dan Peluang Latihan ke IPT

Tarikh: 30/6/2011 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: SMK Kerteh, Kemaman

Kepada adik-adik yang berada di sekitar daerah Kemaman, bolehlah sama-sama meluangkan masa untuk melawat tapak pameran kami di SMK Kerteh. Pelbagai informasi menarik akan dikongsikan bersama adik-adik.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sure Showme @ SMK Panji Alam

June 27, 2011 By: admin Category: Showme Club, Sure Showme No Comments →

Team Showme telah ke SMK Panji Alam untuk mengadakan program Sure Showme Siri 1 dan 2. Siri 1 merupakan Bengkel Memasang & Membaikpulih Komputer manakala Siri 2 merupakan Bengkel Memasang & Membaikpulih Handph Program ini berlangsung seperti berikut:

 

Program: Sure Showme Siri 1 & 2

Tempat: SMK Panji Alam

Tarikh: 26/6/2011 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

 

Program ini diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5. Program ini juga dibahagikan kepada 2 slot iaitu teori dan praktikal. Bagi slot teori, pelajar-pelajar akan didedahkan dahulu dengan pengenalan terhadap komponen-komponen komputer dan handphone. Manakala bagi slot praktikal, pelajar-pelajar akan diminta untuk membuka dan memasang komponen-komponen komputer dan handphone tersebut.

 

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung;

 

En Asrul memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan komponen-komponen yang terdapat pada komputer

Penerangan komponen-komponen handphone diberikan oleh En Fakhrul dan Ahmad Ikhwan Safwan (Pelajar Showme)

 

Sure Showme Siri 1, Sesi 2: Pelajar-pelajar membuka dan memasang komponen-komponen komputer

 

Ahmad Ikhwan Safwan menunjukkan cara-cara membuka komponen-komponen handphone sambil diperhatikan oleh salah seorang guru Kemahiran Hidup

 

Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Panji Alam terutamanya Puan Kamariah Ismail, Guru IT SMK Panji Alam kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak kami. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain program.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme @ SMK Panji Alam

June 26, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan ke SMK Panji Alam untuk mengadakan Program Sure Showme Siri 1 dan 2 iaitu Bengkel Memasang dan Membaikpulih Komputer. dan Bengkel Memasang dan Membaikpulih Handphone. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Sure Showme Siri 1 dan 2

Tarikh: 26/6/2011 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: SMK Panji Alam, Kuala Terengganu

Bengkel yang diadakan secara PERCUMA ini khas untuk pelajar Tingkatan 5. Kita jumpa di sana ye adik-adik SMK Panji Alam!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme @ SMK Bukit Besar

June 21, 2011 By: admin Category: Showme Club, Sure Showme No Comments →

Showme akan ke SMK Bukit Besar untuk mengadakan Program Sure Showme Siri 1 dan 2 iaitu Bengkel Memasang dan Membaikpulih Komputer. dan Bengkel Memasang dan Membaikpulih Handphone. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Sure Showme Siri 1 dan 2

Tarikh: 23/6/2011 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu

Bengkel yang diadakan secara PERCUMA ini khas untuk pelajar Tingkatan 5. Kita jumpa di sana ye adik-adik SMK Bukit Besar!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Masjid Al-Taqwa Durian Burung

June 17, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, SmartStudy No Comments →

Kami sekarang berada di Perkarangan Masjid Al-Taqwa Durian Burung, Kuala Terengganu bagi aktiviti dan sumbangan kemasyarakatan kepada penduduk di sekitar Durian Burung. Kami menyediakan pameran pendidikan dan kerjaya serta pameran Broadband P1 4G.

Pelbagai aktiviti disediakan bersempena Hari Keluarga Qariah Masjid Al-Taqwa Durian Burung, Kuala Terengganu seperti Bengkel Anak Pintar UPSR 2011 oleh En Osman Affan, Pakar Motivasi dan Teknik Belajar SmartStudy, Pameran dan Khidmat Masyarakat oleh agensi kerajaan dan swasta, Penyerahan Database Qariah, Tazkirah Jumaat Khas dan Jamuan Rakyat.

Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid dengan menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak urusetia.

 

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme @ SMK Padang Midin

June 15, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Team Showme Club dari Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah ke SMK Padang Midin untuk mengadakan bengkel membaikpulih komputer dan handphone. Berikut merupakan maklumat berkenaan bengkel tersebut:

Program: Bengkel Membaikpulih Komputer dan Handphone

Tarikh: 14/6/2011 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: SMK Padang Midin

Peserta-peserta bengkel terdiri daripada 55 orang pelajar Tingkatan 5 yang terpilih. Pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan berkenaan cara-cara untuk membaikpulih komputer dan handphone.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penguursan SMK Padang Midin terutamanya Cikgu Pauziah, Guru Bimbingan dan Kaunseling di atas kerjasama yang diberikan.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program Sure Showme berlangsung…

Layari Laman Facebook kami di www.facebook.com/showme.college untuk gambar-gambar lain. Jom!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1