SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for the ‘Showme Club’

Showme @ Masjid Al-Taqwa Durian Burung

June 17, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, SmartStudy No Comments →

Kami sekarang berada di Perkarangan Masjid Al-Taqwa Durian Burung, Kuala Terengganu bagi aktiviti dan sumbangan kemasyarakatan kepada penduduk di sekitar Durian Burung. Kami menyediakan pameran pendidikan dan kerjaya serta pameran Broadband P1 4G.

Pelbagai aktiviti disediakan bersempena Hari Keluarga Qariah Masjid Al-Taqwa Durian Burung, Kuala Terengganu seperti Bengkel Anak Pintar UPSR 2011 oleh En Osman Affan, Pakar Motivasi dan Teknik Belajar SmartStudy, Pameran dan Khidmat Masyarakat oleh agensi kerajaan dan swasta, Penyerahan Database Qariah, Tazkirah Jumaat Khas dan Jamuan Rakyat.

Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid dengan menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak urusetia.

 

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme @ SMK Padang Midin

June 15, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Team Showme Club dari Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah ke SMK Padang Midin untuk mengadakan bengkel membaikpulih komputer dan handphone. Berikut merupakan maklumat berkenaan bengkel tersebut:

Program: Bengkel Membaikpulih Komputer dan Handphone

Tarikh: 14/6/2011 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: SMK Padang Midin

Peserta-peserta bengkel terdiri daripada 55 orang pelajar Tingkatan 5 yang terpilih. Pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan berkenaan cara-cara untuk membaikpulih komputer dan handphone.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penguursan SMK Padang Midin terutamanya Cikgu Pauziah, Guru Bimbingan dan Kaunseling di atas kerjasama yang diberikan.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program Sure Showme berlangsung…

Layari Laman Facebook kami di www.facebook.com/showme.college untuk gambar-gambar lain. Jom!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme @ SMK Padang Midin

June 14, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Showme akan ke SMK Padang Midin untuk mengadakan Program Sure Showme Siri 1 dan Siri 2 iaitu Bengkel Memasang dan Membaikpulih Komputer dan Bengkel Memasang dan Membaikpulih Handphone. Maklumat program adalah seperti berikut:

Program: Sure Showme Siri 1 dan Siri 2

Tarikh: 14/6/2011 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: SMK Padang Midin, Kuala Terengganu

Bengkel yang diadakan secara percuma ini khas untuk pelajar Tingkatan 5. Jumpa kami di sana ye!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Program Titian Kasih 1 Malaysia

June 13, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, HEP, Showme Club No Comments →

Pada 9hb Jun 2011 (Khamis) hingga 11hb Jun 2011 (Sabtu) yang lalu, seramai 14 orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah terpilih bagi menyertai Program Titian Kasih 1 Malaysia bersama Pewaris Muda Jabatan Penerangan Negeri Terengganu. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang berbentuk anak angkat ini diadakan di Felda Belara, Kuala Terengganu.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan kepada belia mengenai isu-isu semasa samada di peringkat nasional atau di peringkat negeri. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar dan keluarga angkat mereka sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah gotong-royong, sukaneka, Latihan Dalam Kumpulan, dan persembahan kumpulan.

Selain aktiviti berbentuk fizikal, aktiviti berbentuk rohani juga diadakan. Beberapa sesi ceramah telah diadakan iaitu Ceramah Gejala Sosial Di Kalangan Belia oleh wakil dari PDRM Terengganu, Ceramah Kemantapan Belia Melahirkan Modal Insan Cemerlang oleh Penasihat Agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu dan Ceramah 1Malaysia Berteraskan Rukun Negara oleh Jabatan Penerangan Terengganu.

Acara Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hajah Azizah Binti Awang, Pengarah Penerangan Terengganu dan diiringi oleh YBhg Tuan Haji Faizuoll Bin Ahmad, Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda Malaysia.

Walaupun masa yang terhad sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, kesemua pelajar Showme yang terlibat sangat seronok dan berpuas hati. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini dapat membantu semua pelajar Showme menjadi warga Malaysia yang berguna.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sure Showme@SMK Kompleks Seberang Takir

April 25, 2011 By: admin Category: Sure Showme No Comments →

Showme akan ke SMK Kompleks Seberang Takir untuk mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Memasang dan Membaikpulih Komputer.Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Program: Sure Showme Siri 1-Bengkel Memasang dan Membaikpulih Komputer

Tarikh: 26/4/2011 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu

Bengkel yang diadakan secara percuma ini khas untuk pelajar Tingkatan 5. Jumpa kami esok ye..!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sure Showme@SMK Chung Hwa Wei Sin

April 18, 2011 By: admin Category: Showme Club, Sure Showme No Comments →

Team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah ke SMK Chung Hwa Wei Sin untuk mengadakan bengkel membaikpulih komputer dan handphone.Berikut merupakan maklumat berkenaan bengkel tersebut:

Program: Bengkel Membaikpulih Komputer dan Handphone

Tarikh: 13/4/2011 (Selasa)

Masa: 9.30 pagi – 2.10 petang

Tempat: Dewan SMK Chung Hwa Wei Sin (Bengkel Membaikpulih Handphone) dan Bilik Kaunseling Kelompok (Bengkel Membaikpulih Komputer)

 

Peserta-peserta bengkel terdiri daripada pelajar tingkatan 5 daripada kelas pertengahan. Pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan berkenaan cara-cara untuk membaikpulih komputer dan handphone.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel membaikpulih handpone berlangsung:

En Fakhrul memberi penerangan berkenaan pengenalan handphone kepada pelajar

Ikhwan Safwan, salah seorang pelajar IKAS menunjukkan salah satu peralatan untuk membaikpulih handphone

En Fakhrul menunjukkan peralatan-peralatan kepada pelajar-pelajar

Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri membaiki handphone

 

Berikut pula merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel membaikpulih komputer berlangsung:

Penerangan berkenaan pengenalan komputer diberikan oleh En Shahar

Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri membuka dan memasang komputer

 

Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Chung Hwa Wei Sin kerana telah memberikan kerjasama yang baik.Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme@SMK Ibrahim Fikri

April 10, 2011 By: admin Category: Showme Club No Comments →

SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu telah menjemput Institut Kemahiran Antarabangsa Showme untuk mengadakan satu taklimat mengenai kursus-kursus kemahiran yang dijalankan di Showme.

 

Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan kemahiran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5/2011. Pelajar-pelajar tersebut adalah seramai 90 orang dan terdiri daripada pelajar dari kelas pertengahan.

 

Program ini berlangsung pada 5.4.2011 (Selasa) jam 11 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Staf yang telah memberikan ceramah pada hari tersebut adalah Cik Aida Liana Binti Hussin dan telah dibantu oleh Cik Khadijah, Cik Wan Nurul Ain dan En. Ahmad Izzuddin.

Taklimat disampaikan oleh Cik Aida Liana Hussin

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Ibrahim Fikri di atas jemputan taklimat ini.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Team Showme @ SMK Ibrahim Fikri

April 05, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Showme Club, Sure Showme No Comments →

Hari ini 5hb April 2011, jam 11.00 pagi, team Showme akan berada di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu bagi mengadakan program bersama pelajar Tingkatan 5. Kami akan mengadakan taklimat khas berkenaan program kemahiran dan hala tuju pelajar selepas SPM. Disamping itu juga kami akan mengadakan aktiviti menarik yang memerlukan kreativiti, daya saing, kerjasama dan pengurusan masa setiap pelajar. Hadiah menarik menanti mereka!

Tunggu kami para pelajar SIF!!!

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme – Bengkel Pengisian Borang UPU Online Fasa 2

March 23, 2011 By: admin Category: Showme Club, Sure Showme No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme sekali lagi akan mengadakan Program Sure Showme – Bengkel Pengisian Borang UPU Online Fasa 2 PERCUMA kepada semua pelajar lepasan SPM 2010. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : Bermula 26/3/2011 hingga 31/3/2011
Masa : Sesi pagi (9.00 – 12.30 tengahari)
Sesi petang (2.00 – 5.30 petang)
Tempat : Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Tingkat 1 Wisma KOKITAB

Sila hubungi kami di talian 09-6227525/6317526 atau 013-9317525 untuk pendaftaran kerana tempat adalah terhad.

Pelajar digalakkan membawa bersama laptop sendiri kerana akses Internet diberikan PERCUMA.

Rating 3.00 out of 5
[?]

2nd Day@Sure Showme Siri II

March 07, 2011 By: admin Category: Sure Showme No Comments →

Hari ini merupakan hari kedua Program Sure Showme Siri II berlangsung. Seperti biasa, peserta-peserta program diminta untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Berikut merupakan gambar-gambar pada hari kedua Program Sure Showme Siri II ini:

Peserta-peserta program diberikan penerangan terlebih dahulu sebelum mula membuka dan memasang PC

Peserta-peserta membuka kabel-kabel yang terdapat pada PC

Sesi pengenalan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme diberikan oleh Cik Aida Liana Hussin

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua peserta program atas kehadiran anda semua pada hari tersebut. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada program kemahiaran seperti ini pada hari yang lain.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1