Sure Showme@SMK Chung Hwa Wei Sin
Team Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah ke SMK Chung Hwa Wei Sin untuk mengadakan bengkel membaikpulih komputer dan handphone.Berikut merupakan maklumat berkenaan bengkel tersebut:
Program: Bengkel Membaikpulih Komputer dan Handphone
Tarikh: 13/4/2011 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi – 2.10 petang
Tempat: Dewan SMK Chung Hwa Wei Sin (Bengkel Membaikpulih Handphone) dan Bilik Kaunseling Kelompok (Bengkel Membaikpulih Komputer)
Peserta-peserta bengkel terdiri daripada pelajar tingkatan 5 daripada kelas pertengahan. Pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan berkenaan cara-cara untuk membaikpulih komputer dan handphone.
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel membaikpulih handpone berlangsung:
En Fakhrul memberi penerangan berkenaan pengenalan handphone kepada pelajar
Ikhwan Safwan, salah seorang pelajar IKAS menunjukkan salah satu peralatan untuk membaikpulih handphone
En Fakhrul menunjukkan peralatan-peralatan kepada pelajar-pelajar
Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri membaiki handphone
Berikut pula merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel membaikpulih komputer berlangsung:
Penerangan berkenaan pengenalan komputer diberikan oleh En Shahar
Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri membuka dan memasang komputer
Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Chung Hwa Wei Sin kerana telah memberikan kerjasama yang baik.Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.



















