SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Archive for the ‘SmartStudy’

Program Menarik Cuti Sekolah !!!

May 11, 2010 By: admin Category: Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy No Comments →

Sukacita dimaklumkan DUA program menarik sempena cuti sekolah bulan Jun 2010 ini, kami akan mengadakan tour ke negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Program selama sehari bagi tiap-tiap program adalah KHAS untuk semua pelajar sekolah rendah (Tahun 4-6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1-6). Yuran penyertaan HANYA RM48.00 sekiranya berdaftar sebelum 15hb Mei 2010. Maklumat lanjut berkenaan program adalah seperti berikut:

PROGRAM A : PERSEDIAAN SAAT AKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PROGRAM B : PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK BELAJAR SMARTSTUDY

Layari laman web di www.ShowmeSmartStudy.com untuk maklumat lanjut atau hubungi kami di talian 09-6227525/6317526 atau 013-9317525.

Jom Isikan Masa Cuti Anak-anak Anda Dengan Program Menarik Ini!!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Bengkel Motivasi Osman Affan

May 06, 2010 By: admin Category: Bengkel Motivasi Osman Affan No Comments →

Pada 30hb April 2010 (Jumaat) telah diadakan satu bengkel iaitu Bengkel Motivasi Osman Affan. Bengkel ini dikendalikan sendiri oleh Encik Osman Affan, Pakar Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy

. Bengkel ini diadakan selama 2jam setengah iaitu bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi di Showme SmartStudy Tuition Centre, Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bengkel ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah (tahun 4 – tahun 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 – tingkatan 6).

Bengkel Motivasi SmartStudy ini dikendalikan oleh Encik Osman Affan, Pakar Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy

Antara peserta yang menyertai Bengkel Motivasi SmartStudy Osman Affan

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada En Osman Affan kerana telah memberi motivasinya dengan penuh bersemangat sekali.

Semoga berjumpa lagi pada Program Motivasi yang akan datang!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Kongres Pendidikan Nasional 2009

June 10, 2009 By: admin Category: Kongres Pendidikan Nasional No Comments →

Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, Kongres Pendidikan Nasional 2009 telah berjaya diadakan pada 7hb dan 8hb Jun 2009 baru-baru ini di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Lebih daripada 300 orang peserta berserta ibubapa telah hadir untuk menyertai  dan mengikuti program selama 2 hari ini.

Kelima-lima penceramah yang hadir adalah Cikgu Osman Affan (Pakar Motivasi dan Teknik Belajar SmartStudy), Dr Tengku Asmadi (Pakar Motivasi alihan Pelajar), Coach Ridz & Coach Sha (Pakar English Sure Boleh!) dan En Fadzli Yusof  (Pakar Pengurusan Masa). Terima kasih diucapkan kepada kesemua penceramah diatas teknik dan motivasi yang dikongsi bersama peserta dan ibubapa.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, ibubapa, penceramah, pihak pengurusan Taman Tamadun Islam dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang menjayakan Kongres Pendidikan Nasional 2009.

Berikut adalah gambar sepanjang program berlangsung..

Sesi bergambar peserta bersama Cikgu Osman Affan dan Encik Redzuan Abd Aziz

Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi. Pendaftaran dibuat di lobi Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam.

Slot pertama oleh Cikgu Osman Affan

Peserta memberi konsentrasi sepenuhnya sepanjang program

Torch Singer dvd

Rating 3.00 out of 5
[?]

SmartStudy – Bengkel Hafal Sifir

May 29, 2009 By: admin Category: Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Khas Kepada Ibubapa & Pelajar UPSR, PMR dan SPM 2009

May 25, 2009 By: admin Category: Kongres Pendidikan Nasional No Comments →

  • Adakah adik-adik telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan penting UPSR, PMR dan SPM 2009 yang bakal menentukan MASA DEPAN DAN KELAYAKAN mereka untuk memasuki MRSM atau Sekolah Sains atau mendapat biasiswa penuh untuk mengikuti kursus kedoktoran, undang-undang atau lain-lain di universiti terkemuka dunia?
  • Tahukah anda sebagai ibubapa/penjaga CARA MEMOTIVASIKAN ANAK-ANAK anda terutamanya di saat genting sebelum menghadapi peperiksaan?
  • Yakinkah anda dengan cara pembelajaran anak anda merupakan CARA/TEKNIK PEMBELAJARAN YANG TERBAIK dan berkesan bagi mencapai keputusan ”Straight A’s” dalam peperiksaan tahun ini?

Satu program khas akan diadakan pada 7 & 8 Jun 2009 di Dewan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang akan dihadiri oleh 5 penceramah pakar negara akan membantu ibubapa dan pelajar mengatasi masalah ini.

Rebutlah peluang ini demi kejayaan dan masa depan anak-anak anda dan daftarlah sebelum/pada 30 Mei 2009 (Sabtu) untuk memperolehi HADIAH PERCUMA BERHARGA RM628:-

  1. CD Video Tutorial Komputer dalam Bahasa Melayu berharga RM399
  2. Kelas Komputer RM 109.00
  3. Bengkel Smart Study RM120.00

Bukan itu sahaja, sekiranya anda mendaftar antara 100 orang terawal dan sebelum/pada 28 Mei 2009 (Khamis), anda dan anak anda boleh turut serta mengikuti program khas ini. Ya, anda sebagai ibu DAN bapa diberi 2 TIKET BERHARGA RM396 PERCUMA* untuk turut serta mengikuti program ini bersama anak anda.

Bawa rakan anak anda menyertai program dan daftar, kami akan berikan tuan/puan RM20 seorang bagi setiap pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat atas nama SHOWME LEARNING CENTRE SDN BHD melalui:

  • Akaun Maybank – 5630 6410 4435 (Hubungi kami & simpan slip untuk pengesahan).

ATAU

  • Datang ke pejabat kami, Tingkat 1, WISMA KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (berhadapan bangunan SATU, satu bangunan dengan RAYHAR Travel).

Kami mengalu-alukan penyertaan anda dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami ditalian 09-6227525/6317526 atau 013-9317525 (Cik Aida/Cik Mira). Sekian, terima kasih.

The Cell 2 release

Rating 3.00 out of 5
[?]

Hari Terbuka Showme Smartstudy Tuition Centre

May 22, 2009 By: admin Category: SmartStudy No Comments →

Bersempena dengan cuti sekolah 2009, Showme SmartStudy Tuition Centre, sebuah tuisyen milik bersama Pakar Motivasi & Teknik Belajar Osman Affan, telah mengadakan hari terbuka pada 12 Disember 2009. Hari terbuka ini telah diadakan di Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. Program bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Antaranya adalah pertandingan mewarna peringkat Daerah Kuala Terengganu, Jom Badut, Kuiz Siapa Smart, Cabutan Bertuah, permainan congkak dan batu seremban.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan untuk anda:

Kanak-kanak beratur untuk mendapatkan belon daripada badut

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa Hari Terbuka Showme Smarstudy Tuition Centre

Para juri sedang memilih lukisan-lukisan yang bakal dimenangi

Para pemenang bergambar disamping lukisan masing-masing

Para ibu bermain permainan dam dengan anak-anak

Staf-staf Showme turut memberi penerangan mengenai produk Showme SmartStudy kepada para hadirin yang hadir pada Hari Terbuka tersebut.

Kami, warga Institusi Kemahiran Showme, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu melancarkan Hari Terbuka Showme Smarstudy Tuition Centre samada secara langsung atau tidak langsung. Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah hadir memeriahkan lagi Hari Terbuka tersebut.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Khas Untuk Anda Sepanjang Cuti Sekolah

May 14, 2009 By: admin Category: SmartChild No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program SmartStudy Osman Affan-Tenang Menjawab Peperiksaan

May 06, 2009 By: admin Category: Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy No Comments →

Satu program SmartStudy Osman Affan telah diadakan di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu pada 4hb Ogos 2009 (Selasa) yang lalu. Program ini bertajuk Tenang Menjawab Peperiksaan dan peserta-peserta program terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

En Osman Affan memperkenalkan dirinya kepada pelajar-pelajar sebelum sesi motivasi bermula

Pelajar-pelajar tekun dan seronok mendengar seminar yang diberikan oleh En Osman Affan

Pelajar-pelajar mengambil tandatangan rakan-rakan yang mempunyai kriteria-kriteria seperti yang tercatat di dalam handout yang telah disediakan oleh En Osman Affan

Cikgu Osman memanggil salah seorang daripada pelajar-pelajar tampil ke atas pentas

Aksi-aksi pelajar ketika melakukan latihan secara berkumpulan

Pelajar berusaha melepaskan diri daripada ikatan tali

Pengetua menyerahkan sedikit cenderahati kepada En Osman Affan dan pembantu-pembantu program iaitu En Masnizam, Cik Mira dan Cik Aida Liana


Rating 3.00 out of 5
[?]

Kursus Motivasi Osman Affan di Institusi Kemahiran Showme

February 22, 2009 By: admin Category: Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, SmartStudy No Comments →

Sekali lagi kursus ISTIMEWA hanya kepada pelajar Pantai Timur iaitu dari Terengganu, Pahang dan Kelantan akan diadakan di Institusi Kemahiran Showme. Kursus yang dimaksudkan adalah Kursus Motivasi Dan Teknik Belajar Bersama Osman Affan. Kursus ini dibuka untuk sekolah rendah (Tahun 4 – 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 – 6). Ianya akan dijalankan serentak di mana pelajar sekolah rendah dan menengah belajar bersama. Tidak ada masalah yang akan timbul kerana teknik ini boleh diaplikasi kepada setiap tahap pendidikan.

Encik Osman Affan berpengalaman mengendalikan program-program berbentuk motivasi dan kemahiran belajar sejak tahun 2003. Beliau bukan sahaja mengendalikan program sebegini untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah sahaja, malah di peringkat kolej dan universiti juga.

Kali ini kursus ini akan berada di Kuala Terengganu! Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Tempat : Pejabat ShowmeSmartStudy, Institusi Kemahiran Showme

Tarikh   : 14hb Mac 2009, Sabtu

Masa     : 9.00 pagi – 6.00 petang

Yuran    : RM120.00

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Aswadi di talian 09-6227525, 019-9570808 email aswadi@showme.com.my. Kadangkala panggilan tidak dapat dijawab kerana program sedang dijalankan. Sila smskan nama dan soalan anda kepada kami dan kami akan hubungi anda semula.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web kursus ini di http://seminar.showmesmartstudy.com

Daftar segera kerana tempat adalah terhad dan banyak hadiah yang eksklusif daripada Encik Osman menanti anda!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Titian Bestari ‘Motivasi dan Teknik Belajar Smart Study peringkat daerah Kuala Terengganu

February 19, 2009 By: admin Category: Program Titian Bestari No Comments →

Institusi Kemahiran Showme dengan anjuran bersama Yayasan Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) telah mengadakan satu program khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi daerah Kuala Terengganu.

Program Titian Bestari – “Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy” Peringkat Daerah Kuala Terengganu ini telah dihadiri seramai lebih kurang 2000 pelajar Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3) seluruh Kuala Terengganu. Maklumat program adalah seperti berikut:

Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Encik Osman Bin Affan. Encik Osman Affan adalah seorang  Professional Trainer dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau telah mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003. Rata-rata semua peserta sangat teruja dengan setiap tips dan teknik belajar SmartStudy yang ditunjukkan oleh Encik Osman Affan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1