SHOWME.COM.MY

Showme International College
Subscribe

Archive for the ‘Intake Julai 2011’

Hari Lapor Diri Sesi Julai 2011

July 11, 2011 By: admin Category: HEP, Intake Julai 2011, Intake Julai 2011, Lapor Diri, Pengurusan, Tawaran Biasiswa No Comments →

Tahniah dan syabas!!!

Kami mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru sesi Pengambilan Julai 2011 ke Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Kami mendoakan agar semua pelajar akan berjaya bersama kami di Showme.

 


 

Pendaftaran Pelajar Intake Julai 2011 bagi Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia

June 15, 2011 By: admin Category: HEA, HEP, Intake Julai 2011, Tawaran Biasiswa No Comments →

Sukacita dimaklumkan, bersempena tahun ke-12 penubuhan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menawarkan BIASISWA kepada semua pelajar yang berjaya terpilih bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/Tahap 2 di institut kami. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 10 program yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga BIASISWA program Sijil Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bagi Sesi Julai 2011, dimana program ini adalah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dan dikawalselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 16hb Jun 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 3 petang
Tempat : Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Tingkat 1 Wisma Kokitab, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:

  1. Diwajibkan hadir bersama ibubapa/penjaga
  2. Pra-Pendaftaran minimum RM375.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
  3. Program yang ditawarkan adalah bersadarkan kepada kelayakan pelajar
  4. Salinan dokumen yang lengkap

a. Sekeping gambar berukuran pasport

b. Kad pengenalan pelajar, ibubapa/penjaga dan salinan yang telah disahkan
c. Slip keputusan SPM dan salinan yang telah disahkan
d. Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Ko-Kurikulum dan salinan yang telah disahkan

Hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK MIRA) atau email ke spm107@showme.com.my untuk maklumat lanjut.

Tawaran Biasiswa Sijil Kemahiran Malaysia IKAS

June 12, 2011 By: admin Category: Intake Julai 2011, Tawaran Biasiswa No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme menawarkan biasiswa untuk mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang ‘Information Technology & Communication (ICT) dan bidang ‘Hospitality & Tourism’. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat.

 

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki hadir dengan berpakaian kemas dan anda diminta untuk membawa dokumen seperti berikut:

1. Sekeping gambar yang berukuran pasport

2. Slip keputusan SPM

3. Kad Pengenalan Pelajar

4. Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga

5. Sijil Kelahiran Pelajar

6. Slip gaji Ibubapa/Penjaga

7. Sijil Berhenti Sekolah

8. Sijil Ko-Kurikulum

(Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)

Pra-pendaftaran adalah RM500.00 dan ibubapa/penjaga digalakkan untuk hadir bersama.

 

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 09-6227525/09-6317526/013-9317525 (Cik Aida/Cik Mira)