Temuduga Pengambilan Diploma Kemahiran Malaysia @ Kelantan
Sukacita dimaklumkan, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme sekali lagi akan mengadakan sesi temuduga pengajian DKM/SKM di Negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 25 orang pelajar bagi 11 program yang ditawarkan.
2. Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghadiri sesi temuduga program Diploma Kemahiran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia, dimana semua program yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berkaitan temuduga adalah seperti berikut:
TARIKH : 23HB Februari 2012 (Khamis)
MASA : 9.00 pagi – 3.00 petang
TEMPAT : Dewan Serbaguna Yayasan Kelantan,
Tingkat 5, Kompleks YAKIN
3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri temuduga anda dikehendaki berpakaian kemas dan sila rujuk syarat-syarat di bawah:
a. Salinan dokumen yang lengkap:
i. Sekeping gambar berukuran pasport
ii. Slip keputusan SPM (Atau Keputusan Percubaan SPM)
iii. Kad pengenalan Pelajar dan ibubapa/penjaga
iv. Sijil Kelahiran Pelajar
v. Slip Gaji ibu/bapa atau Penjaga
vi. Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Ko-Kurikulum
(Semua dokumen hendaklah dibuat dalam 1 salinan dan disertakan cop pengesahan dari Ketua Kampung/Pegawai JKKK/Pengetua/Pegawai Kerajaan Kelas A)
b. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kelayakan pelajar
c. Pra-Pendaftaran minimum RM500.00 (Sekiranya layak. Sila rujuk Pegawai Bertugas)
d. Digalakkan hadir bersama ibubapa/penjaga
4. Sila hubungi kami di talian 09–6227525/6317526 atau 013-9317525 (CIK AIDA/CIK KHADIJAH) atau email ke spm112@showme.com.my untuk maklumat lanjut.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk menyertai warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan doa dan harapan anda akan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.













