Lapor Diri Intake September 2011
Semalam merupakan hari lapor diri untuk pelajar Intake September 2011. Berikut merupakan maklumat berkenaan hari lapor diri:
Program: Hari Lapor Diri Intake September 2011
Tarikh: 12.9.2011 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
Pelajar-pelajar yang datang adalah daripada seluruh Terengganu dan Kelantan. Pelajar-pelajar telah diminta untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang lengkap kepada pegawai yang bertugas.
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung:
Pelajar-pelajar datang bersama dengan ibubapa/penjaga masing-masing
Pelajar-pelajar mengesahkan pendaftaran dan menyerahkan dokumen-dokumen dengan Perunding Pendidikan dan Kerjaya, Cik Aida Liana dan Cik Mira Muslim
Pegawai IKAS memeriksa dokumen-dokumen berkaitan dengan pembiayaan pelajar
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendaftar di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar













