
Nama: Mohammad Ikramuddin Bin Awang
Jawatan: Juruteknik Komputer
Majikan: Monaliza & Mastura, Kota Bharu
Institusi terdahulu: Kolej RISDA, Kuala Krai, Kelantan
“Alhamdulillah, saya telah menamatkan Diploma di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. Saya merupakan bekas pelajar daripada Kolej RISDA, Kuala Krai, Kelantan dan telah menyambung diploma di sini. Pada semester yang keenam, saya telah mengadakan praktikal di Telekom Berhad, Kelantan dan sebaik sahaja tamat praktikal, saya telah mendapat tawaran bekerja di Monaliza & Mastura sebagai Juruteknik Komputer. Saya berterima kasih kepada semua tenaga pengajar kerana telah menjadikan saya seperti sekarang ini.”