Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Bantuan Dermasiswa (IPTA/IPTS)
Pihak MAIDAM Terengganu ada menyediakan satu Skim Bantuan Dermasiswa (IPTA/IPTS) iaitu bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar fakir, miskin, dan muallaf untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS dalam dan luar negeri. Bantuan yang diberikan antara RM500.00 sehingga RM3250.00 namun tertakluk kepada pindaan yang diluluskan oleh pihak Majlis dari semasa ke semasa.
Apa yang menarik, setelah perbincangan dibuat bersama Penolong Setiausaha Agihan Zakat iaitu Tuan Haji Yaacob Bin Abdullah, bantuan juga dipertimbangkan kepada mereka yang menyambung pengajian dalam bidang kemahiran seperti di Institusi Kemahiran Showme.
Baru-baru ini pelajar kami telah menerima Bantuan Pelajaran Dalam Negeri (Dermasiswa Zakat) daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM1500.00 setiap seorang. Bantuan yang diberikan sangat membantu pelajar kami yang memerlukan terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIDAM kerana membantu pelajar kami dengan meluluskan permohonan Bantuan Pelajaran Dalam Negeri (Dermasiswa Zakat)
Berikut adalah antara pelajar Institusi Kemahiran Showme yang telah menerima bantuan dari MAIDAM.
Mohd Redzuan Bin Ishak
Pelajar Diploma Kemahiran Sistem Maklumat
Mohd Faizal Bin Ruslan
Pelajar Diploma Kemahiran Sistem Maklumat
Raja Abdul Hafiz Bin Raja Mohamad
Pelajar Diploma Kemahiran Sistem Maklumat
Siti Mariam Binti Jusoh
Pelajar Diploma Kemahiran Sistem Maklumat
Nor Majidah Binti Sha’ari
Pelajar Diploma Kemahiran Sistem Maklumat





