SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Showme @ Culinaire Malaysia 2011

November 16, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Lawatan Sambil Belajar No Comments →

Pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (Culinary Arts) kelas Vision dan Vantage telah menyertai lawatan sambil belajar ke Culinaire Malaysia 2011 rentetan bersama Food Hotel Malaysia baru-baru ini. Culinaire Malaysia 2011 ialah acara kebangsaan yang diluluskan oleh World Association Of Chefs Societies (WACS)  yang telah menarik ramai peserta dan telah menjadi medan bagi chef-chef muda dan berbakat baru untuk Industri Kulinari.

  

  

Rating 3.00 out of 5
[?]

Lunch @ School of Hospitality & Tourism

October 18, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Majlis Makan No Comments →

Hari ini kakitangan dan pihak pengurusan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme menerima jemputan untuk makan tengahari daripada pelajar Kelas Vision, jurusan Culinary Art  di tingkat 4, School of Hospitality & Tourism.

Majlis makan tengahari secara buffet itu bermula jam 12.00 tengahari – 2.00 petang disajikan dengan pelbagai menu yang sangat menyelerakan. Antara menu yang dihidangkan adalah Nasi putih, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sayur Campur, Kerabu Mangga dan Ayam Goreng Berempah. Hidangan sampingan yang disajikan adalah Bihun Goreng, Spaghetti Bolognese dan Keropok Lekor Goreng. Sebagai pencuci mulut, hidangan seperti Kuih Cara Berlauk, Bubur Cacar dan buah-buahan disajikan kepada tetamu.

Tetamu turut dihadiahkan Bunga Rampai sebagai cenderahati sebelum pulang. Pelajar Kelas Vision mendapat pujian daripada semua tetamu jemputan terutamanya daripada Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Good Job and Thumbs up!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Perlancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar

October 18, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Khidmat Masyarakat No Comments →

Hari ini, 18hb Oktober 2011, seramai 21 orang pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme terlibat sama bagi menjayakan Majlis Perlancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

Majlis Perlancaran MASM diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang melibatkan seramai 1000 orang tetamu. Pihak TTI Management Sdn Bhd telah menjemput pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme untuk terlibat sama memberi perkhidmatan sepanjang majlis berlangsung.

Diharap program sebegini dapat membantu memberi pendedahan kepada pelajar Showme terutamanya pelajar jurusan Hospitality & Tourism dengan situasi dan keadaan perkerjaan yang sebenar.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Bowling@Showme

June 15, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bowling No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Showme @ Program Titian Kasih 1 Malaysia

June 13, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, HEP, Showme Club No Comments →

Pada 9hb Jun 2011 (Khamis) hingga 11hb Jun 2011 (Sabtu) yang lalu, seramai 14 orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah terpilih bagi menyertai Program Titian Kasih 1 Malaysia bersama Pewaris Muda Jabatan Penerangan Negeri Terengganu. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang berbentuk anak angkat ini diadakan di Felda Belara, Kuala Terengganu.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan kepada belia mengenai isu-isu semasa samada di peringkat nasional atau di peringkat negeri. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar dan keluarga angkat mereka sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah gotong-royong, sukaneka, Latihan Dalam Kumpulan, dan persembahan kumpulan.

Selain aktiviti berbentuk fizikal, aktiviti berbentuk rohani juga diadakan. Beberapa sesi ceramah telah diadakan iaitu Ceramah Gejala Sosial Di Kalangan Belia oleh wakil dari PDRM Terengganu, Ceramah Kemantapan Belia Melahirkan Modal Insan Cemerlang oleh Penasihat Agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu dan Ceramah 1Malaysia Berteraskan Rukun Negara oleh Jabatan Penerangan Terengganu.

Acara Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hajah Azizah Binti Awang, Pengarah Penerangan Terengganu dan diiringi oleh YBhg Tuan Haji Faizuoll Bin Ahmad, Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda Malaysia.

Walaupun masa yang terhad sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, kesemua pelajar Showme yang terlibat sangat seronok dan berpuas hati. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini dapat membantu semua pelajar Showme menjadi warga Malaysia yang berguna.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Bowling @ Showme live di KT Bowl

December 15, 2010 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bowling No Comments →

Sekarang ini pertandingan Bowling @ Showme sedang berlangsung di KT Bowl, Astaka, Kuala Terengganu. Kesemua pelajar berkumpul di perkarangan foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme seawal jam 8.30 pagi tadi. Semua pelajar sangat teruja dan masing-masing berpakaian seperti atlet bowling negara!!!

Selamat maju jaya kepada semua pelajar !!! Stttrrrriiikkkeeeeeee!!!!!!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Sure Showme

December 14, 2010 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Showme Club No Comments →

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah mengadakan Program Sure Showme khas kepada pelajar lepasan SPM 2010 di sekitar Terengganu yang bermula pada hari ini. Program ini adalah merupakan inisiatif pihak Showme bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Program yang akan berlangsung sehingga 1/1/2011 ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami masih menerima pendaftaran peserta.

Berikut adalah gambar sekitar Program Sure Showme pada hari yang pertama

Rating 3.00 out of 5
[?]

Bowling @ Showme 2010

December 12, 2010 By: admin Category: Bowling No Comments →

Showme akan menganjurkan satu pertandingan bowling yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15/12/2010

Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari

Tempat : KT Bowl, Astaka

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Bowling @ Showme ini terbuka kepada semua pelajar Institut Kemahiran Antarabangsa Showme. 5 team yang akan terlibat dan hadiah-hadiah yang disediakan adalah sangat menarik.

Jom bowling!!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Ikhlas Hati FL10 Jabatan Kebajikan Masyarakat

October 18, 2010 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Program Ikhlas Hati No Comments →

Satu Program Ikhlas Hati FL10 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diadakan seperti berikut:

Program: Ikhlas Hati FL10 Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tarikh: 16hb Oktober 2010 (Sabtu)

Tempat: Tunas Harapan Darul Hilmi

Anjuran: Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bersama Kelas Finix dan Litrix

Program ini merupakan projek mini bagi kelas Finix dan Litrix. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tanggungjawab sosial serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar, staf Showme serta penghuni Rumah Kebajikan Masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah sesi suai kenal,pengendalian komputer, pertandingan puzzle, dan gotong royong.


Rating 3.00 out of 5
[?]

Konvokesyen 2010 Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

May 28, 2010 By: admin Category: Majlis Konvokesyen No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1