SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

PROGRAM “D’CAKNA RAMADHAN” – Edisi 2

May 30, 2009 By: admin Category: HEP No Comments →

Golongan sasaran bagi program D’Cakna Ramadhan adalah terdiri dari keluarga yang telah kehilangan ibu atau bapa, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), petani, nelayan yang berpendapatan kurang dari RM500 ke bawah, dilihat juga dari segi tanggungan keluarga yang ramai dan pelbagai aspek lagi.

Pada hari kedua iaitu pada 13hb September 2009 (Ahad), krew yang terlibat yang diketuai oleh Pengetua Institusi Kemahiran Showme, En Redzuan Abd Aziz,  Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Pn Maimun binti Ahmad dan seorang AJK Program iaitu Nazfezi bin Md. Said. Mereka memulakan perjalanan pada jam 10.00 pagi ke daerah Marang dan Ajil bagi mengunjungi penginapan pelajar Salma binti Abdul Aziz, Mohd Hirfisham bin Zamdim dan Roffa bin Abdullah.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Salma binti Abdul Aziz di Kampung Batu Penunggul, Binjai Rendah, Marang.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Mohd Hirfisham bin Zamdim di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payong, Marang.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Roffa bin Abdullah di Kampung Tok Gebok, Ajil

Rating 3.00 out of 5
[?]

PROGRAM “D’CAKNA RAMADHAN” – Edisi 1

May 28, 2009 By: admin Category: HEP No Comments →

Program “D’Cakna Ramadhan “ telah berjaya dijalankan dalam bulan Ramadhan baru-baru ini. ”D’Cakna Ramadhan” adalah satu projek sumbangan ikhlas dari pihak Institusi Showme berbentuk makanan asasi dan wang tunai yang telah diberikan kepada keluarga pelajar yang di bawah kategori yang telah ditetapkan. Program ini telah bermula pada 10hb September hingga 17hb September 2009 bertempat di rumah pelajar-pelajar yang terpilih.

Objektif utama bagi program ini adalah untuk mewujudkan dan merapatkan lagi hubungan diantara pihak Showme dengan pelajar serta keluarga pelajar. Dengan adanya program ini juga dapat meringankan beban keluarga pelajar

yang berpendapatan rendah.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Suriya Binti Mohd di Kampung Beris Tokku, Setiu.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Zulaika Azrin binti Ali di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Nor Wathiqah Amirah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut.

Rating 3.00 out of 5
[?]

PROGRAM RAKAN MUDA SEKTOR BELI BELAH PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2009

May 26, 2009 By: admin Category: HEP No Comments →

Program Rakan Muda Sektor Beli Belah Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2009 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada hari Sabtu, 24hb Oktober 2009 yang lalu. Pihak Institusi Kemahiran Showme telah dijemput untuk menyertai program yang diadakan di kompleks tersebut. Program tersebut adalah bagi mewujudkan peluang kepada remaja menonjolkan bakat di kalangan mereka serta memberi peluang kepada mereka untuk menyertai ahli Rakan Muda. Melalui program ini juga sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti Rakan Muda yang akan datang.

Seramai 12 orang pelajar Showme telah terlibat untuk menyertai program tersebut. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program seperti permainan paintball, fitball, congkak, futsal, pertunjukan skuter serta motosikal antik. Dalam perlawanan tersebut, pelajar dari Showme, Roffa bin Abdullah telah memenangi pertandingan congkak manakala dalam petandingan paintball, Mohd Nazfezi bin Md Said telah berjaya menjatuhkan empat daripada lima pin.

Rating 3.00 out of 5
[?]

PROGRAM “D’CAKNA RAMADHAN” – Edisi 3

May 04, 2009 By: admin Category: HEP No Comments →

Program D’Cakna Ramadhan adalah usaha murni Showme untuk mengeratkan sillaturrahim di antara keluarga pelajar dengan pihak atasan Showme serta kakitangan Showme itu sendiri. Dengan program ini juga dapat memupuk nilai-nilai suci dan memberi pengalaman baru bagi generasi yang akan datang terutamanya bagi Ahli Jawatankuasa program yang terlibat untuk membawa pengalaman mereka di masa depan. Melihat dengan mata sendiri adalah lebih memberi kesan di dalam hati dan memikirkan masih ada insan yang memerlukan bantuan dari kita semua. Bak kata pepatah melayu “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”.

Pada hari Isnin 14hb September 2009, krew yang diketuai oleh Pengetua Institusi Kemahiran Showme, En Redzuan Abd Aziz,  Pengerusi Institusi Kemahiran Showme, YM Tn Syed Mohamed bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Pn Maimun binti Ahmad dan dua orang AJK Program iaitu Mohd Zulfaqar bin Mohd Nidzar dan Nurul Shahima Nadia bt Sapinei. Mereka memulakan perjalanan pada jam 10.30 pagi menuju ke penginapan pelajar Nor Majidah bt Shaar, Muhamad bin Musa dan Nor Atiqah bt Mat Yassim.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Nor Majidah bt Shaari di Kampung Buluh Gading, Manir, Kuala Terengganu.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Muhamad bin Musa di Kampung Padang Polis Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Sekitar lawatan ke rumah pelajar Nor Atiqah bt Mat Yassim di Kampung Dusun Seberang, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1