Peringatan Peperiksaan Akhir Diploma Kemahiran Malaysia
Kepada semua pelajar Semester 6 (Kelas MOZILLA, VISTA dan GFORCE) dan pelajar Tahap 3 (Kelas LUNAR dan ULTEO), Unit Peperiksaan inginĀ mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 18 September SEHINGGA 20 September 2011 (ISNIN – SELASA). Sila rujuk pada Notis yang ditampal di papan kenyataan untuk maklumat lanjut.
Semua pelajar hendaklah memastikan kesemua dokumen telah dilengkapkan dan PP telah menandatangani semua penilaian terutama RPK masing-masing. Sila pastikan juga Kad Matrik dan Kad Pengenalan dibawa bersama semasa peperiksaan berlangsung.
Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan dan pengemaskinian portfolio untuk dinilai oleh PPL.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.








