Lawatan Penarafan Bintang Pusat Bertauliah JPK 2011 @ Showme
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan lawatan pemeriksaan dan penarafan bintang pusat bertauliah di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme pada 14hb Februari 2011 yang lalu. Lawatan adalah selaras dengan pematuhan kepada Akta 652. Tujuan lawatan adalah untuk memeriksa dan menilai semua pusat bertauliah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh JPK.
Seramai 4 orang pegawai JPK Wilayah Timur telah membuat lawatan di Showme iaitu Encik Mohd Ruzaimi bin Wahid, Encik Mohd Shukri Bin Musa, YM Tengku Mohammad bin Tengku Abd Rahman dan Encik Mohd Hamdam bin Jaffar@Othman. Pada hari lawatan tersebut, 5 orang pegawai Showme telah hadir bagi membantu pegawai JPk dengan diketuai oleh Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Showme.
Lawatan yang berlangsung hampir 4 jam itu merangkumi kesemua pemeriksaan keatas dokumen yang berkaitan berdasarkan senarai semak kriteria penilaian dan juga fasiliti yang disediakan di Showme.
Berikut adalah beberapa gambar semasa lawatan JPK berlangsung.








